Sensasi

Cemburu, Gadis Mati Dicekik Rakan Sekerja


KOTA KINABALU - Mayat seorang gadis pekerja pusat kecantikan ditemui di bilik tempat kerjanya di Tanjung Aru, dipercayai dibunuh, Ahad lalu, lapor Harian Metro. 

Mayat Norfazlina Abantas, 20, ditemui dalam keadaan terbaring dengan darah keluar dari mulut, oleh pengurus pusat spa berkenaan pada jam 11.38 pagi selepas dimaklumkan oleh kakitangannya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata, hasil bedah siasat Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu mendapati, terdapat kesan kecederaan di bahagian atas gusi, selain tulang hidung patah dan satu gigi tercabut dipercayai dihentak dengan objek tumpul. 

"Punca kematian mangsa disebabkan dicekik oleh suspek," katanya. 

Polis juga telah menahan seorang suspek berusia 28 tahun dan seorang lagi suspek yang merupa suspek utama berusia 25 tahun, juga pekerja spa berkenaan, bagi membantu siasatan. 

Lapor Bernama, motif kejadian adalah kerana suspek cemburu terhadap mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - The Reporter


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.