Seringkali anda menghidupkan enjin kenderaan ada seekor dua lipas yang berlari berkeliaran. Jika anda mengalami masalah lipas dalam kenderaan, pasti sahaja menimbulkan rasa tidak selesa.
Kajian menunjukkan lipas merupakan serangga yang paling dibenci ramai di dunia. Baik lelaki mahupun wanita, rata-ratanya tidak ramai yang selesa apabila terserempak dengan serangga ini.
Kebolehan lipas untuk hidup di mana-mana permukaan di bumi menyebabkan ianya dikenali sebagai serangga yang paling tinggi daya ketahanan hidupnya.
Baik di hutan, di pejabat, di rumah kediaman mahupun di dalam kenderaan anda, kehadirian serangga ini pastinya amat tidak dialu-alukan.
Di sini, kami ingin berkongsi tentang cara-cara yang efektif bagi memerangkap lipas yang bersarang di dalam kenderaan anda.
Antara cara-caranya
1. Gunakan kapur semut/lipas
Beli kapur untuk halau semut dan lipas, tabur sedikit dalam kereta.
Semut atau lipas yang menyentuh serbuk kapur akan kehilangan fungsi saraf dalam masa 4 jam, tubuh serangga tidak akan dapat digerakkan dan akan mati setelah 10 jam.
2. Gunakan racun semburan ( herba ) pelbagai guna yang ada kat pasaran
Sebaiknya carilah racun yang jenis mesra alam dan tak berbau busuk.
3. Gunakan daun pandan (paling efektif dan mesra alam)
Letak daun pandan yang dicincang tak berapa halus atau daun pandan (ikat lebih kurang je).
Cara ni lipas tak mati cuma lari keluar dari kereta.
Daun pandan juga boleh bagi hilang bau durian, air ikan dari pasar atau bau pelik-pelik dalam kereta.
4. Gunakan perangkap samada buat sendiri atau beli yang dijual di pasaran
Sekarang ini banyak perangkap lipas/serangga moden yang dijual di pasaran. Anda boleh mencubanya atau membuat sendiri perangkap berkenaan.
Cara mudah dan murah nak buat perangkap lipas dalam kereta:
i. Beli ‘Ice Lemon Tea’ jenama Seasons ini. Minum sampai habis dan tinggalkan baki 2 3 titis je sebagai umpan pada lipas.
ii. Buka penutup botol dan letak dalam kereta sama ada di bawah kerusi depan atau belakang.
iii. Biarkan semalam atau 3 hari, akan dapatlah hasilnya kelak.
Selamat mencuba bagi kereta yang menternak lipas!
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :