- Pembantu rumah (Indonesia) buat laporan polis bayinya hilang pada 31 Mei 2014.
- Pembantu rumah mengandung akibat dirogol oleh rakan majikan.
- Majikan memaklumkan kepada wanita terbabit, bayinya telah diberikan kepada rakannya.
- Polis tahan 13 pembantu rumah bersama-sama ejen terbabit
- Temui mayat bayi berusia 6 bulan dalam sebuah beg pakaian dalam keadaan kembung dan berulat.
- Tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 6 dan 3 tahun bagi dua pertuduhan tersebut.
Hakim Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Wong Wen Yew, 43, mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan itu.
Mengikut pertuduhan pilihan, Wong didakwa menyebabkan kematian seorang bayi lelaki pekerjanya (pembantu rumah warga Indonesia), 33, tanpa niat di sebuah rumah di Kota Kemuning dalam kejadian antara jam 8 hingga 11 malam, pada 28 Mei 2014.
Wong dibawa keluar dari mahkamah - Foto Harian Metro |
Wan Afrah menjatuhkan hukuman penjara masing-masing selama enam dan tiga tahun namun mengarahkan ia dijalankan secara serentak.
KRONOLOGI
Terdahulu, ibu mangsa membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya pada 31 Mei 2014. Polis kemudian menahan 13 pembantu rumah bersama seorang ejen pembekal pekerja asing (tanpa permit) dan isterinya dan direman selama seminggu untuk siasatan lanjut.
Terdahulu, ibu mangsa membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya pada 31 Mei 2014. Polis kemudian menahan 13 pembantu rumah bersama seorang ejen pembekal pekerja asing (tanpa permit) dan isterinya dan direman selama seminggu untuk siasatan lanjut.
Pada awalnya, Wong memaklumkan bahawa anak mangsa yang dilahirkan pada 21 November 2013 akibat kejadian rogol (oleh rakan Wong) telah diberikan kepada rakannya.
Apabila rakan Wong mengetahui wanita itu telah mengandung, dia dihantar kembali kepada Wong dan sepanjang tempoh itu mangsa dihantar bertugas dengan beberapa majikan yang lain sebelum dikembalikan ketika mangsa sudah hampir melahirkan anaknya.
Selepas mangsa bersalin, mangsa tidak bertemu dengan anaknya dan Wong mengatakan bahawa dia telah menyerahkan bayi mangsa kepada rakannya di mana yang sebenarnya bayi itu telah mati dibunuh secara tidak sengaja.
Pasukan Forensik memeriksa mayat mangsa yang dibuang dalam sebuah beg pakaian |
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :