Gambar Hiasan | Google Images |
Pusing-pusing 3 jam dapatlah RM40. Singgah makan di Mamak Yassim. Nak balik Ampang Point lalu Ampang Park, ditahan dua orang budak dalam lingkungan 20'an yang sedang mengusung kotak putih. Aku turunkan tingkap dan bertanya mereka nak pergi ke mana. Mereka jawab pun dalam keadaan takut-takut, malu-malu, seperti serba salah.
"Abang, kitorang nak balik Melawati, dekat Klang Gate. Boleh tak abang jangan guna meter sebab kitorang ada RM15 je. Boleh tak abang?" tanya salah seorang dari mereka berdua.
Aku termenung dua tiga saat. "Ah, masuk sajalah,"
Kalau guna meter pun adalah dalam RM20 lebih. RM15 pun jadilah daripada tiada langsung. Malam-malam bukan ada customer.
"Korang baru nak pergi meniaga ke, dah nak balik?" soal aku.
"Nak balik bang. Berniaga di dataran tadi. Ini pun cukup-cukup modal saja. D*** datang kacau, nasib baik mereka tak rampas barang. Semua yang berniaga dah lari," katanya.
Sakan budak-budak ini menolak troli dari Dataran sampai ke Ampang Park. Kadang-kadang D*** ini macam Israel pun ada. Pernah terjadi di depan mata aku sendiri di mana aktiviti suapan berlaku di antara Pegawai D*** dengan gerak mamak atas kaki lima di kawasan Pudu Plaza. Cara dia menyuap itu tak payah ceritalah.
Aku pun berborak dengan budak-budak itu. Tanya mereka ada motosikal ke tak, kalau ada, lagi senang mereka nak berniaga.
"Motosikal tak ada bang."
"Basikal?"
"Basikal pun tak ada, tadi keluar selepas maghrib. Tolak troli naik LRT. Malu, ramai orang tengok," kata mereka.
"Paling tidak pun ada basikal, dah senang korang nak berniaga. Tak apa, malu itulah suatu pelajaran. Kalau malu, tentu korang tak bergerak. Yang penting ada usaha. Berniaga kecil-kecilan macam ini pun dah okay. Belajar mencari pengalaman, dapat untung jangan belanja, tambah stok barang lagi biar banyak stok, bukan rosak pun air tin itu," nasihat aku pada mereka berdua.
"Ye bang, ini pun kitorang modal tak banyak, RM40 saja. Tak ada duit, beli campur-campur dekat Ong Tai Kim,"
Aku pun berborak dengan mereka sampailah ke flat apa nama entah di Klang Gate.
"RM15 kan bang??"
"Takpelah, abang belanja," jawab aku.
"Eh tak bolehlah macam ini bang, jauh abang hantar ni,"
"Tak apa, abang belanja. SImpan duit itu buat tambah modal. Korang tak buat benda gila itu pun dah cukup baik. Yang penting korang ada semangat nak berniaga walaupun jual air dengan tolak troli, berniaga juga. Cari pengalaman, jangan jatuh semangat," kata aku lagi.
"Okay, okay, abang ambil air ini," sampuk kawan dia seorang lagi.
"Jangan, ini barang berniaga korang. Jangan dibuat free gift," aku tolak dengan baik.
"Terima kasih banyak-banyak bang. Semoga Allah murahkan rezeki abang," kata mereka sambil salam cium tangan yang masih ada bau kari Yassim.
Aku belanja tambah percuma sebab budak-budak ini jujur, cakap terus terang dan tak menipu. Tambah, sebab mereka ada minat untuk berniaga dan ini anak bangsa aku. Lagi elok mereka buat begini daripada menari raver di KLCC. Kalau jumpa budak-budak seperti ini, kita berikanlah sokongan. Kalau pun dulu kita melingkup, tapi kita jangan biarkan generasi kita turut melingkup sama seperti kita dulu. - Hasmuhaimin Din Gulam | The Reporter
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :