Pelanggan mana tak marah bila barang ‘under warranty’ dinafikan dari
diperbaiki. Lebih-lebih lagi jika barang tersebut mahal dan baru sahaja
dibeli.
Begitu juga bagi pelanggan dari China ini apabila beliau dimarahi pemilik kedai yang enggan membaiki iPhone yang dibelinya.
Laporan World Of Buzz memaparkan dua siri video pertelingkahan antara pelanggan dan pemilik sebuah kedai.
Pemilik kedai itu dengan bongkak berkata “Baiki? Baiki apa? Kalau ada duit belilah phone baru. Kalau tak ada pergi baiki di kedai lain!” katanya kepada pelanggan berkenaan.
Namun, pemilik kedai berkenaan tidak tahu bahawa pelanggan berkenaan
sebenarnya kaya, lalu bertindak membeli 10 iPhone yang dijual di kedai
berkenaan.
“Saya nampak kamu ada banyak iPhone dalam kedai ni. Saya beli semua sekali,” kata pelanggan berkenaan yang dianggap tuan kedai hanya berjenaka.
Tidak teragak-agak dengan keputusannya, pelanggan berkenaan terus
membayar pembelian berkenaan secara tunai dengan harga 63,000 Yuan
(kira-kira RM38,900).
Selepas membuat pembayaran, pelanggan berkenaan meletakkan kesemua
iPhone berkenaan di atas lantai dan mula memecahkan kesemuanya
menggunakan tukul besi bersama rakannya.
Walaubagaimanapun, pemilik kedai itu dilihat masih bongkak dengan berkata “saya tidak rasa kamu boleh musnahkan kedai (perniagaan) saya” dengan memusnahkan 10 iPhone berkenaan.
Pemuda berkenaan kemudiannya bertanya “berapa harga kedai ini?”. “500,000 Yuan! (RM380,000)” kata pemilik kedai.
Well,
kesudahannya sudah dijangkakan, pemilik kedai berkenaan membayar harga
kedai berkenaan dan memusnahkan keselurahan premis berkenaan demi
mengajar pemilik bongkak itu.
SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*SHARE*~
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :