Sensasi

Bas RapidKL Dijilat Api


KUALA LUMPUR - Tujuh buah kenderaan, termasuk sebuah bas RapidKL terbakar dalam kejadian yang berlaku pada jam 3.50 petang tadi, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian yang berlaku berhampiran pasar raya di Seksyen 5, Wangsa Maju, bas tersebut berhenti secara tiba-tiba selepas pemandunya terhidu bau asap sebelum meminta enam penumpangnya keluar. 

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.54 petang.

"Tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Keramat, Setapak dan Wangsa Maju dikerahkan ke lokasi kejadian.




Gambar ehsan FB Orang Wangsa Maju

"Setibanya di lokasi, api sedang marak dan turut membakar enam buah kereta yang diletakkan di kawasan berhampiran," katanya. 

Pihak bomba berjaya memadamkan kebakaran itu sepenuhnya pada jam 4.28 petang dan pasukan forensik bomba sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian. 

Sementara itu, Rapid Bus Sdn Bhd meminta enam pemilik kenderaan yang terbakar menghubungi pihaknya bagi tujuan tuntutan pampasan. 

Rapid Bus juga memohon maaf di atas insiden tersebut yang telah menyebabkan gangguan lalulintas di sekitar lokasi. - The Reporter


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.