JODOH, rezeki dan kematian adalah perkara misteri. Kadang kita cari yang jauh, boleh jadi jodoh kita adalah jiran kita sendiri.
Sebabnya
kita sememangnya tidak tahu siapa bakal jodoh kita. Tetapi, tanda-tanda
di bawah ini berkemungkinan boleh membantu anda dalam menentukan sikap
ketika jodoh semakin dekat dengan seorang wanita/lelaki.
Berikut adalah 10 tanda yang menunjukkan dia adalah jodoh anda seperti dipetik dari Berkah2013, Ahad (3/3/2013):
Bersahaja
Si
dia bersikap bersahaja dan tidak bersandiwara. Cuba perhatikan cara si
dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa dan cara makan dan minum.
Adakah spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau si dia
nampak kurang selesa dengan gayanya, bermakna dia sedang berlakon.
Kadang-kadang, kita dapat melihat adakah si dia sedang berlakon. Tetapi,
apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah
calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
Selesa Bersamanya
Walaupun
kita selalu bersamanya, tiada perasaan bosan, jemu ataupun tertekan
pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita selalu
tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga
merasakannya. Rasa selesa apabila bersama. Bila berjauhan, terasa ada
tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tiada kira siang ataupun
malam, jika tiada dia rasanya ada seperti yang hilang.
Menerima Seadanya
Apapun
kisah silam kita yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli.
Mungkin dia tahu kisah perpisahan dengan bekas kekasih anda yang
sebelum. Dia juga tidak mengungkit-ungkit masa silam anda. Yang penting,
siapa anda yang sekarang. Biarpun dia tahu anda pernah mempunyai
kekasih sebelumnya, dia tidak ambil kisah. Yang dia tahu, anda adalah
miliknya sekarang. Dia juga mahu berkongsi kisah masa silamnya. Tidak
perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup
kita.
Jujur
Dia
tidak cerita apa yang anda lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam
agama. Sikap jujur yang dipamerkan si dia menarik hati anda. Kejujuran
bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu
apabila seseorang menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya,
kebahagiaan menjadi hak milik anda. Bila berjauhan, kejujuran menjadi
faktor paling penting bagi sesuatu hubungan. Bila si dia tidak jujur,
sukar baginya untuk mengelak daripada berlaku curang. Bila si dia jujur,
semakin hangat hubungan cinta anda. Kejujuran yang disulami dengan
kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik
pilihan.
Saling Mempercayai
Setiap
orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya suatu rahsia perlu
dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Bila anda
mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita
selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya
mempercayai satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka
rasa tenang apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya
berbanding rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak merahsiakan apa pun
kepadanya dan malah kita rasa rahsia kita pasti selamat. Bukti cinta
sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah orang yang
memperoleh kedua-duanya.
Bekerjasama
Bagi
anda yang mahukan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa
yang panjang, anda dan si dia perlu saling bekerjasama melalui liku
hidup ini. Anda dan kekasih anda perlulah bekerjasama melakukan suatu
perkara sama ada perkara remeh sekalipun. Segala pekerjaan yang
dilakukan perlu disertai rasa ikhlas untuk membantu pasangan dan
meringankan tugas masing-masing. Paling penting, anda dan dia dapat
melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Anda dan si dia juga
dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan senang
melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita
di masa depan.
Memahami Diri Kita
Bagi
pasangan yangmempunyai jodoh, si dia harus memahami diri pasangannya.
Ketika anda sakit si dia membawa anda ke klinik. Ketika berduka, si dia
menjadi penghibur. Bila anda mengalami kesusahan, si dia menjadi
pembantu. Di kala anda sedang bicara, dia menjadi pendengar. Dia selalu
bersama kita dalam situasi apapun. Gembira ataupun berduka, si dia
sentiasa ada untuk anda. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam
hubungan percintaan. Bila si dia selalu bersama anda melalui hidup ini
di kala suka dan duka, senang dan susah, dialah calon yang sesuai
menjadi pasangan hidup kita.
Papar Kelemahan
Tiada
seorang pun yang sempurna di dunia ini. Bohong jika ada orang yang
mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti ada
kelemahan dan keburukan tertentu pada diri kita. Bagi si dia yang
bersedia menjadi teman hidup anda, si dia tidak terlalu menyimpan rahsia
kelemahannya dan bersedia memberitahu anda. Sudah tentu bukan hal yang
menyenangkan untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan
kekasihnya. Malah, si dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada
anda. Misalnya, apabila si dia bangun tidur atau sakit dan tidak mandi
dua hari, dia tidak menghalang kita daripada mengunjunginya.Apabila anda
dan si dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing,
memang ditakdirkan anda hidup bersamanya.
Kata Hati
Dengarlah
kata hati. Manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui
dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria ini juga anda dapat
saling memahami perasaan masing-masing. Anda dan si dia juga dapat
membaca fikiran satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas
pada situasi tertentu. Bila anda yakin dengan pilihan hidup anda,
tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk anda? Dengarlah kata
hati dan buatlah pilihan. Serahkanlah segalanya pada ketentuan yang maha
berkuasa.
Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh
dan pertemuan semuanya adalah takdir Allah S.W.T. Manusia hanya
berusaha di dunia ini dan senarionya ditulis oleh Yang Maha Kuasa.
Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk
melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi sememangnya mainan tidur, tetapi
apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah
memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat
petunjuk-Nya. Jika si dia pilihan kita, buatlah keputusan terbaik. Jika
tidak, tolaklah si dia dengan sebaik mungkin. Semua yang kita lakukan
ini adalah untuk mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah
semuanya diusahakan, berserahlah kepada Allah dan teruslah berdoa.
Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhiratlah yang
kekal selamanya.
copyright 2016 All rights reserved
Sumber: silveriandance
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :