Sensasi

'6 Tahun Khawlah Sakinah 'Dipinjamkan' Kepada Kami...'

Sayu baca luahan hati si ibu ini. Enam tahun dipinjamkan, akhirnya si kecil ini pergi menghadap penciptaNya.  Kepada ibu bapa di luar sana, hargai masa bersama dengan kelaurga anda kerana kita tidak tahu bila saatnya mereka akan kembali kepadaNya. 


Masa saya bersama Sakinah telahpun berlalu pergi dan tak akan berulang lagi di dunia ini. Banyak benar kekhilafan saya sendiri. Saya bukan ibu mithali, jauh sekali!

Enam tahun ini, banyak benar silap saya pada dia dan banyak benda saya terleka. Saya lupa memeluknya setiap masa, lupa menyatakan rasa cinta, lupa menghargainya sepenuh jiwa. Itulah saya, ibu yang penuh cacat cela. 

Belek-belek handphone, terjumpa gambar yang Sakinah ambil sendiri. Nota cintanya buat ibu ayah dan adik-adiknya. Allahuakbar! Itulah dia Sakinah. Seorang yang tak pernah lelah menzahirkan cintanya sama ada melalui lisan mahupun lukisan dan tulisan.

Sakinah suka melukis gambar Sakinah dan ibunya. Yang satu ini pun rasa nak dibingkaikan.
Pagi ini terima kiriman WhatsApp dari sahabat baik Sakinah. Gambar yang dilukis oleh Sakinah. Sedih mencengkam jiwa
Tetapi, dia selalu memberi di saat saya suka atau berduka. Dia ada buat saya setiap masa. Dia selalu menzahirkan rasa cinta buat ibunya. Hari-hari tidak pernah kecewa mengungkap cinta, sama ada secara lisan mahupun lukisan. Itulah bezanya saya yang hina dan dia yang mulia. 

Maka, kembalilah dia ke pangkuan yang Esa. Dialah sebaik-baik Penjaga, sebaik-baik Pencinta. Memang itulah ganjaran terbaik buat dia. 


Bertemulah dia dengan sahabat baru di sana. Sahabat yang menjadi syuhada. Berlari-larilah mereka bersama, girang dan teramat bahagia serta bebas dari huru hara dunia.

Duhai ibu bapa, hargai detik bersama keluarga. Kita tidak tahu saatnya bila, mereka akan diambil kembali padaNya. Kalian masih punya masa, semaikan cinta sepenuh jiwa. Mereka adalah amanah buat kita, pinjaman yang perlu dikembalikan apabila sampai masanya.


Kepada yang tertanya-tanya apa yang berlaku, anak perempuan Puan Aqilah Nor, Allahyarham Khawlah Sakinah, 6, meninggal dunia pada awal Oktober, selepas mandi di kolam renang bersama dengan rakan-rakannya. 

Semoga luahan Puan Aqilah Nor ini akan membuka mata kita semua untuk menghargai orang-orang tersayang terutamanya anak dan keluarga. Takziah dan Al-fatihah buat Allahyarham adik Khawlah Sakinah. - The Reporter


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.