Kuala Lumpur: Pernah putus asa kerana roti canai ditebar tidak lembut,
namun si manis 17 yang gambar serta videonya menebar roti canai viral di
Facebook (FB) dan Instagram sebelum ini nekad terus belajar demi
membantu ibunya.
Fatin Farhana Mohd Suad berkata, tiga hari mencuba barulah roti ditebar
lembut, sama seperti yang ditebar ibunya, Rosmawati Che Omar, 42.
“Ibu mengajar saya menebar roti canai dan dia (ibu) pesan pergerakan
tangan dan tapak tangan mesti lembut untuk memastikan roti sedap. Kalau
kasar, tak menjadi.
“Percubaan pada hari pertama dan kedua gagal kerana roti canai ditebar
tidak lembut. Saya fikir nak bantu ibu, saya cuba lagi dan Alhamdulillah
hari ketiga berjaya,” katanya yang membantu di gerai ‘Kak Ita Corner’
di Jalan Bruseh, Bidor, Perak pada setiap hujung minggu bermula 5 petang
hingga 12 tengah malam.
Anak keempat daripada lima beradik itu berkata, dia bersyukur kerana
sejak gambar dan videonya viral di FB dan Instagram semakin ramai
pelanggan yang mengunjungi gerai ibunya.
“Kami hanya menumpang berniaga di gerai kawan ibu sebab gerai kami dirobohkan bulan lalu.
“Alhamdulillah, berniaga di gerai baru dapat sambutan apatah lagi
selepas gambar dan video saya menebar roti canai ‘viral’,” katanya
ketika dihubungi, di sini, semalam.

SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :