Wanita OKU Minta Tempat Duduk Di LRT. Ini RESPONS Anak2 Muda Yang Buat Ramai MARAH !!!
| Ramai masyarakat kita mengaku diri mereka maju, selari dengan
kemajuan negara ini. Namun, benarkah dakwaan mereka itu atau hanya
sekadar cakap kosong sahaja?
Ya,
hanya 30% sahaja yang pemikiran mereka kelas pertama, bakinya masih
mundur dan mementingkan diri. Dari soal sampah pun dibuang merata-rata,
hinggalah sifat kemanusiaan itu sendiri hilang dari dalam diri mereka.
Antara luahan golongan OKU dari FB Zeeda Aziz:
“Aku
Orang Kurang Upaya (OKU), jalan pun guna crutches. Bila naik komuter
atau LRT, orang tolak-tolak itu sudah tentu terjadi. Kita berdiri
terpacak di depan tempat duduk OKU, mereka berpura-pura tidur. Bila minta, buat muka najis berat.
“Kemudian,
ada seorang pakcik tua bangun dan menawarkan tempat duduknya. Kita pula
segan sebab dia tua. Tetapi dia takut kita terjatuh dan kita pula takut
dia sakit lutut. Sudahnya saya menolak saja dari duduk sebab tak sampai
hati. Ini yang berlaku setiap hari.
“Jauh
berbeza dengan pengalaman aku di Perth, Australia. Melangkah masuk saja
ke dalam bas awam (Cat Bus), boleh dikatakan hampir semua penumpangnya
berdiri menawarkan tempat duduk. Bila aku menolak pelawaan mereka,
pemandu bas boleh pula berkata, ‘”I’m not going to move this bus until
you have your sit, mam,”. Okay, malu. Perkara seperti ini tidak akan
berlaku di negara kita,” katanya.
Luahan
Zeeda itu tersebar di media sosial dan ramai netizen yang melahirkan
rasa simpati terhadapnya meskipun tidak dipinta. Malah, netizen turut
berkongsi pengalaman ahli keluarga atau sahabat berstatus OKU ini,
ditindas oleh golongan yang mementingkan diri ini.
Justeru,
bagaimana lagi cara atau tindakan untuk menyedarkan golongan yang gemar
menindas dan menafikan hak warga OKU ini? Berubahlah, jangan sampai
diri atau ahli keluarga anda sendiri yang menghadapi situasi seperti
ini, barulah anda sedar dengan kesilapan diri. Kredit FB Zeeda Aziz via
Reporter.
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :