Oleh Dr Syamirulah Rahim
Zika Itu Demam Biasa Sahaja Simptomnya
Ketika negara Singapura melaporkan kejadian kes pertama local transmission Zika beberapa hari lalu, saya tidak terkejut. Namun apabila hari seterusnya kerajaan Singapura melaporkan 40 orang lagi disahkan positif zika, dan yang terbaru 36 orang lagi di sana turut disahkan zika, maka ada sesuatu yang membimbangkan di situ.
Jangkitan zika ini, biasa sahaja. Mild viral infection. Symptom nya hanyalah menyerupai demam virus yang biasa. Malahan, demam nya pun tidak terlalu tinggi suhunya. Diikuti dengan ruam-ruam dan mata kemerahan. Sekadar itu sahaja. Kerana itulah, statistik menunjukkan 80% kes Zika adalah asymptomatik. Bermaksud tiada tanda, dan kalau ada pun, terlalu "subtle" sehingga penghidapnya tidak sedar dan perasan pun. Orang yang dijangkiti Zika, tidak sedar bahawa dia dijangkiti Zika. Dia mungkin beranggapan ianya hanyalah demam biasa.
Itulah yang berlaku kepada kes pertama local transmission di Singapura beberapa hari lalu. "Local transmission" bermaksud, pesakit tersebut TIDAK PERNAH travel atau berada di mana-mana negara Zika. Dalam menangani penyakit berjangkit, kita di pihak kesihatan sangat mementingkan sejarah perjalanan pesakit (travelling history). Sebagai contoh, denggi. Sesiapa yang pernah menghidap denggi, pasti akan ingat bahawa doktor selalu akan bertanya,
"Encik ada travel ke negeri-negeri lain ke seminggu dua ini?"
"Kawasan tempat tinggal encik ada sembur asap fogging ke?"
"Ada orang lain ke di kawasan kejiranan encik yang dijangkiti denggi?"
Sejarah di mana pesakit berada adalah penting ke arah suspicioun kita khasnya melibatkan penyakit berjangkit. Begitulah halnya juga dengan zika. Selama ini kita hanya memberi tumpuan kepada individu yang ada sejarah travelling ke Rio, ke Amerika Selatan, ke negara-negara disahkan dijangkiti Zika.
Tetapi kes local transmission di Singapura ini membuktikan bahawa Zika sudah pun bertapak. Pesakit tersebut tidak pernah travel ke negara-negara lain. Tetapi beliau tetap dijangkiti Zika. Menariknya, pesakit ini bukannya mempunyai simtom yang serius pun. Beliau hanya mengalami demam, ruam dan mata kemerahan. Lalu beliau ke klinik swasta, yang mana klinik swasta ini merujuk beliau ke hospital penyakit berjangkit khas. Hanya di hospital ini, barulah beliau disahkan positif Zika.
Menarik lagi, hanya selepas beliau disahkan positif zika, barulah pihak berkuasa kesihatan melakukan contact tracing. Iaitu pasukan kesihatan berkunjung ke kawasan tempat tinggal beliau dan mencari sendiri, siapa lagi ada mempunyai simtom-simtom seperti demam dsb. Bila dicari sedemikian, barulah dijumpai lebih 40 orang lain yang mempunyai tanda-tanda yang sama, turut POSITIF zika.
Pendek kata, kalau tidak disebabkan patient zero iaitu wanita berusia 47 tahun ini, mungkin pihak berkuasa tidak pernah sedar wujudnya local transmission of zika ini.
Saya secara peribadi beranggapan, zika sebenarnya sudah ada di Malaysia. Cuma kita masih belum dapat mengesannya sahaja. Mungkin ada dalam kalangan kita yang sebenarnya sudah dijangkiti Zika, namun cukup sekadar penelan panadol untuk beberapa hari. Atau ke klinik swasta atau klinik kesihatan dan dirawat sebagai demam biasa sahaja.
Habis, kenapa kita risau sangat dengan zika ini?
Penyakit Zika, dikaitkan dengan microcephaly. Kita dapati apabila seseorang ibu mengandung atau didapati mengandung dalam keadaan dijangkiti virus Zika, virus tersebut akan menyerang janin didalam kandungan.
Kesannya, bayi didalam kandungan berisiko tinggi menghidapi microcephaly. Iaitu saiz otak yang lebih kecil dari kebiasaan. Bayi yang menghidapi microcephaly, dikaitkan dengan pelbagai masalah ketika membesar kelak. Antaranya seperti masalah sawan, dwarfism (kerdil), kegagalan untuk bertutur atau melakukan aktiviti-aktiviti seperti memegang, berjalan dsb.
Komplikasi microcephaly ini mungkin boleh dikesan ketika kandungan, namun boleh juga hanya dikesan apabila setelah bayi dilahirkan. Ibu-ibu yang dijangkiti Zika, tidak mengetahui bahawa diri mereka dijangkiti Zika. Sedar-sedar bila anak dilahirkan, mempunyai masalah microcephaly, yang bila kita lakukan test screening barulah dikesan rupanya dijangkiti Zika ketika dalam kandungan.
TANGGUHKAH HASRAT UNTUK DAPATKAN ZURIAT
Atas sebab itulah, saya secara peribadi, melihatkan situasi Zika di negara jiran yang semakin meruncing, tidak menolak kemungkinan bahawa Zika sebenarnya sudah ada di Malaysia. Bahkan mengambilkira populasi dan kepadatan negara Singapura, kemungkinan sebenarnya situasi Zika di negara kita lebih buruk lagi. Cumanya kita masih belum mengesan "patient zero" kita.
Tentulah, kita masih bertindak secara berhati-hati dan kita tak mahu menimbulkan panik yang tidak perlu (unnecessary panic). Saya secara peribadi menasihati jika ada rakan-rakan yang membaca FB saya, yang berhasrat untuk mendapatkan zuriat, ada baiknya hasrat tersebut ditangguh terlebih dahulu.
Gunakan kaedah perancang kehamilan buat masa ini. Setidak-tidaknya sehingga kita mendapat data yang lebih konkrit mengenai situasi Zika di negara kita (contohnya kawasan mana terlibat, negeri mana, berapa jumlahnya etc). Mungkin agak sukar khasnya kepada pasangan yang baru berkahwin, tentu tidak sabar-sabar untuk bunting pelamin. Namun saya, secara peribadi menasihatkan, untuk menimbang kekhuatiran yang ada mengenai Zika ini.
Dikhuatiri, sepuluh bulan dari sekarang kita dapati ada peningkatan dari segi jumlah bayi yang dilahirkan menghidapi microcephaly pula.
PARA IBU MENGANDUNG DIGALAKKAN PAKAI PAKAIAN LABUH/LENGAN PANJANG
Manakala kepada rakan-rakan pembaca yang sedang mengandung, InshaAllah, penyakit Zika walaupun serius kesannya, tetapi kita boleh berikhtiar untuk mengelaknya. Saya menasihatkan rakan-rakan yang sedang mengandung, agar sentiasa berwaspada.
Banyakkan memohon kepada Allah untuk melindungi diri dan kandungan masing-masing. Sejahat-jahat makhluk Zika Virus ini pun, kita beriman bahawa setiap kudrat dan mudarat yang ia ada adalah dari Allah dan Allah jua yang boleh melindungi dan merawat kita.
Banyakkan memakai pakaian labuh atau lengan panjang agar dielakkan dari digigit nyamuk. Elakkan pakaian berwarna gelap kerana pakaian gelap menarik perhatian nyamuk aedes. Pastikan rumah anda dilengkapi dengan ubat nyamuk dan/atau kelambu. Elakkan keluar dari rumah pada waktu senja/maghrib contohnya ke pasar malam atau kedai makan dsb.
Pencegahan kepada Zika ini bukan perkara baru. Setakut-takut kita dengan Zika, Zika tetap disebarkan melalui vektor nyamuk Aedes. Ada lah satu dua kes Zika di transmit secara sexual, namun ianya sangat sedikit dibandingkan transmission Zika melalui Aedes.
Nyamuk Aedes, bukannya benda baru di negara kita. Kita tahu, nyamuk Aedes membiak di persekitaran yang kotor dan bertakung air. Sebersih-bersih negara Singapura pun ada begitu ramai dijangkiti Zika, inikan pula negara kita. Hihi.
Spesis yang sama menyebarkan denggi, turut menyebarkan zika. Denggi itu boleh membunuh. Manakala Zika, merosakkan zuriat.
Kita sudah berkempen sejak bertahun-tahun lampau mengenai pembasmian aedes. Namun sejauh mana keberkesanan kempen kita tersebut adalah menjadi persoalan, apabila saban tahun kes denggi semakin dan semakin meningkat. Dan ianya menjadi mimpi ngeri kita apabila Zika pula come into the picture.
Marilah kita sama-sama memeriksa sekeliling rumah kita untuk mencari, dikhuatiri ada sarang-sarang Aedes yang mendedahkan kita kepada risiko Denggi dan Zika ini. Tiada Aedes, Tiada Denggi, Tiada Zika.
"Jika malam datang menjelang, atau kalian berada di petang hari, maka tahanlah anak-anak kalian, kerana sesungguhnya ketika itu syaitan sedang bertebaran."
"Jika telah berlalu sesaat/sejam dari waktu malam, maka lepaskan mereka. Tutuplah pintu dan berzikirlah kepada Allah, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup. Tutup pula wadah/bekas minuman dan makanan kalian dan berzikirlah kepada Allah, walaupun dengan sekadar meletakkan sesuatu di atasnya, matikanlah lampu-lampu kalian."
(HR. Bukhari, no. 3280, Muslim, no. 2012)
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :