Sebuah
rakaman video yang menunjukan kes buli di sebuah sekolah tersebar
dengan meluas di media sosial. Video berdurasi satu minit dan 34 saat
itu menunjukkan dua pelajar lelaki berpakaian seragam sekolah – baju
Melayu, bergaduh di dalam kelas.
Gambar2 ini diambil pada kes buli yang lain. Bukan kes buli di Sabah. Harap Maklum
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
Pembuli
dilihat menumbuk, menendang, memukul dan melemparkan kerusi ke arah
mangsa. Mangsa juga dipukul sehingga terjatuh dan apabila dia cuba untuk
bangun, pembuli dilihat mencekik dan menampar mukanya, sekali lagi.
Bagaimanapun,
mangsa tidak cuba untuk melawan, malah hanya berdiam diri. Sementara
itu, rakan-rakan sekelas yang lain pula hanya berdiri di sekeliling dan
menonton pergaduhan itu. Ada yang ketawa, dan ada yang sibuk merakam
pergaduhan tersebut dengan menggunakan telefon bimbit mereka.
Lebih menyedihkan, tiada seorang pelajar yang tampil menolong mangsa tersebut.
Hanya
di saat-saat terakhir video berkenaan, seorang pelajar cuba meleraikan
pergaduhan itu dengan berkata “Sudahlah,” – tetapi pembuli tidak
berhenti menyerang mangsa itu.
Tempat
dan tarikh kejadian masih belum dikenal pasti. Video itu telah menerima
kritikan hebat dari pengguna Facebook, di mana kebanyakan mereka
menyeru pihak berkuasa untuk menyiasat video ini dan mengambil tindakan
secepat mungkin.
UPDATE
Gambar
yang tersebar tentang budak cedera parah masuk ICU tu pergaduhan lain.
Bukan yang baru viral ini. Pergaduhan yang tercetus antara dua pelajar
sekolah di sini; yang menjadi viral di media sosial – dipercayai tercetus akibat tindakan mangsa yang mengusik mengenai arwah bapa pembuli.
Menurut Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Rosley
Hobden, kedua-dua pelajar itu berusia 12 tahun dan kini sedang menduduki
ujian UPSR.
Kedua-dua
mereka telah dipanggil untuk memberi keterangan. Tambahnya, ibu bapa
mangsa baru sahaja membuat laporan polis pada Selasa berhubung kes buli
yang berlaku pada 30 Ogos lalu.
“Kami
sudah merekodkan kenyataan daripada kedua belah pihak dan beberapa
saksi,” kata Rosley. Beliau berkata, pelajar tersebut marah dengan
tindakan mangsa yang didakwa mengusik mengenai arwah bapanya. “Tiada sebarang kecederaan serius berlaku pada mangsa dan juga tiada motif lain dalam pergaduhan ini,” tambah beliau sebagaimana lapor mStar Online.
Menurut
beliau, siasatan sedang dijalankan dan kertas siasatan akan dikemukakan
kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. KREDIT ASTRO AWANI
AND SIAKEPKELII
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @MediaHav0c
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :