Lapor China Press, video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bilik itu membongkar kezaliman pembantu rumah berkenaan yang turut memukul wajah mangsa agar dia mendiamkan diri.
Pembantu rumah, Murni Panengsih, 25, dijatuhkan hukuman penjara selama 10 bulan pada Isnin lalu.
Menurut majikannya, Huang Li Zhen, 50'an, ibunya didera lebih dari 15 kali dalam tempoh setahun setengah.
Menurut Huang, dia hanya menyedari kejadian itu pada 17 September tahun lalu selepas memeriksa rakaman CCTV melalui telefon bimbitnya.
Dalam video tersebut, mangsa juga merayu agar wanita itu tidak memukul wajahnya lagi. Namun tidak diendahkan.
"Saya menghubungi dia dan dia meminta maaf. Malah dia turut menghantar mesej untuk meminta maaf," kata Huang.
Difaham, ibu Huang telah meninggal dunia Disember lalu.
Bagaimanapun, akhbar China Press tidak menyatakan punca pembantu rumah itu mendera wanita warga emas berkenaan. - The Reporter
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :