
Sebenarnya
banyak kes murtad di Malaysia ni. Cuma ianya tak di dedahkan pada
masyarakat. Namun begitu terdapat kes murtad yang menjadi perhatian dan
menjadi tajuk utama dada-dada akhbar suatu masa lalu, dan menjadi begitu
sensasi. Doakan semoga mereka sempat kembali pada jalan Allah:
1. Lina Joy
Nama
asalnya ialah Azlina Jailani. Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu,
keturunan Jawa dan berumur 42 tahun. Bekerja di ProQuest di Taipan,
Subang Jaya dan menetap di Taman Dato’ Tan Yeiw Lai, Kuala Lumpur.
Beliau pernah memohon untuk ditukar namanya kepada Azlina Lelani pada
tahun 1997 tetapi ditolak disebabkan alasan telah bertukar agama
Kristian. Permohonan kedua untuk menukar nama kepada Lina Joy pada 1999
tanpa menyatakan sebab pertukaran kepada
agama Kristian telah diluluskan, dengan kad pengenalan baru tertera
perkataan agama Islam. Ayahnya bernama Jailani bin Shariff dan ibunya
bernama Kalthum binti Omar, keduanya beragama Islam dan mengamalkan cara
hidup sebagai Muslim.
Azlina
mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama
Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil baptis yang
dikeluarkan pada 11 Mei 1998 dilahirkan oleh ibu bapa Melayu pada 1963.
Dia menukar agama Islam kepada Kristian Katolik pada usia 26 tahun pada
1998. Dia telah dibaptiskan dan cuba mendapatkan pengesahanan daripada
Mahkamah Malaysia, tanpa melalui mahkamah syariah. Namanya di dalam kad
pengenalan berjaya ditukar kepada Lina Joy pada 1999. Selagi dia
dikatakan sebagai orang Islam, Lina Joy tidak boleh berkahwin dengan
pasangannya yang beragama Kristian, seorang kaum India. Sebaliknya
pasangannya hendaklah menukar agama kepada Islam.
2. Hartina Haji Kamaruddin
Haji
Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya
selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di
kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke
restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu
saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa
boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam
keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir
tu kat tengkuk. menggelupur dia depan kedai tu.
Haji
Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak
pengsan. Adik lelaki Kartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak
menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.
Apa
Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya
menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis
buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan
adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak
Kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu
disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke
penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya
dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari.
Nama Hindu.
Semasa
masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu
laknatullah), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu
laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji
Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana
menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu
rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina.
3. Siti Fatimah Abdul Karim
Siti
Fatimah binti Ab Karim, 29 tahun dilahirkan pada tahun 1978, merupakan
anak kepada pasangan India Muslim, Ab Karim Masoosai bin Abdullah dan
Zaleha binti Mohd Ali. Beliau dibesarkan oleh ibubapa beliau mengikut
agama Islam dan beliau sendiri mengamalkan ajaran Islam sehinggalah usia
20 tahun apabila beliau melarikan diri bersama teman lelakinya yang
beragama Hindu. Namun begitu, dalam affidavitnya dan laporan yang
diperolehi Jerusalem Post mendakwa bahawa beliau telah dibesarkan oleh
neneknya yang beragama hindu sedangkan mengikut maklumat dari ibunya,
nenek sebelah ibunya beragama Islam manakala nenek sebelah bapanya pula
beragama Kristian.
Berdasarkan
kenyataan dalam laman web juga pada tahun 2001, beliau telah membuat
suatu deklarasi melalui ‘statutory declaration’ bahawa beliau seorang
Hindu dan menukar nama kepada Revathi Masoosai tanpa membuat sebarang
permohonan di Mahkamah Syariah untuk meninggalkan agama Islam. Oleh
kerana itu, kad pengenalan diri beliau masih mencatatkan nama beliau
sebagai Siti Fatimah binti Ab Karim dan agama beliau adalah Islam.
Menurut ibunya, ibubapa serta keluarganya telah berusaha untuk
mencarinya dan membawanya pulang ke pangkuan keluarga namun kesemua
usaha itu gagal kerana mereka sering diancam oleh keluarga teman
lelakinya dan pernah bapa dan adik lelakinya ditahan dalam lokap polis
berpunca dari pergaduhan antara kedua-dua belah pihak.
Setelah
beberapa tahun melarikan diri bersama teman lelakinya, pada tahun 2004,
beliau telah berkahwin dengan teman lelakinya, Suresh a/l Veerappan,
seorang Hindu mengikut upacara perkahwinan agama Hindu. Oleh kerana itu,
perkahwinan tersebut tidak boleh didaftarkan mengikut mana-mana
undang-undang yang berkuatkuasa kerana perbezaan agama.
Seterusnya,
hasil daripada perkahwinan tersebut, pada 19 Disember 2005 beliau telah
melahirkan seorang anak di Hospital Besar Melaka. Ibunya telah
mendapatkan bantuan Jabatan Agama Islam Melaka untuk mendapatkan anak
tersebut memandangkan Siti Fatimah masih seorang yang beragama Islam di
sisi undang-undang.
4. Anak-anak Yusof bin Abdullah
Lagi
satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal
Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah. Ada anak
lelaki,nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya
masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata
?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani
bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si
minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend
barunya. Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor
Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.
Mahkamah
pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni
pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada
si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil
balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof
dan tangkap. (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah
syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.
Lepas
tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ni, budak-budak
tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi
ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang
dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.
5. Nyonya Tahir
SEREMBAN
23 Jan. - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini memutuskan bahawa
Nyonya Tahir, wanita Melayu beragama Islam tetapi didakwa mengamalkan
cara hidup orang Cina dan ajaran Buddha sejak lebih 80 tahun lalu, bukan
beragama Islam semasa kematiannya.
Hakim
Mohd. Shukor Sabudin dalam keputusannya juga membenarkan mayat Nyonya
yang disimpan di rumah mayat Hospital Tampin sejak kematiannya Jumaat
lalu, diserahkan kepada keluarga wanita itu untuk disemadikan mengikut
agama Buddha.
Beliau
berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan bidang kuasa Mahkamah Syariah
untuk mendengar dan membicarakan kes-kes berkaitan dengan kepentingan
orang Islam termasuk masalah akidah di negara ini.
Katanya,
keputusan itu juga berdasarkan afidavit anak bongsu Nyonya, Chiang Ah
Fatt, 40, dan keterangan bersama kakak Ah Fatt, Kwang Ying, 43, di
mahkamah hari ini.
``Mahkamah
yang berpuas hati dengan keterangan-keterangan tersebut memutuskan
bahawa Nyonya yang memegang kad pengenalan bernombor 180425-04-5054 @
02033418 adalah bukan beragama Islam semasa kematiannya.
``Mahkamah
juga membenarkan keluarga dan warisnya menguruskan pengebumian Nyonya.
Hospital Tampin juga diarahkan supaya menyerahkan mayat ini kepada
keluarganya,'' kata beliau.
Beliau
berkata demikian dalam penghakiman lisan selepas mendengar permohonan
sebelah pihak (ex-parte) oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)
dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) serta
pengarahnya berhubung pengisytiharan agama Nyonya.
Jumaat
lalu, plaintif memohon keputusan mahkamah bagi menentukan status agama
Nyonya dan permintaan keluarganya bagi dikebumikan mengikut adat Cina
dan agama Buddha.
Plaintif-plaintif
diwakili oleh peguam syarie, Siti Harlina Shahran manakala peguam
syarie, Koo Chin Nam yang dibantu oleh Kevin Koo S. K. bertindak sebagai
peguam pemerhati bagi keluarga Nyonya.
Sementara
itu, peguam syarie, Muhamad Burok yang juga Presiden Persatuan Peguam
Syarie Malaysia bertindak sebagai peguam pemerhati bagi pihak persatuan
itu.
Terdahulu,
Hakim Mohd. Shukor memetik tulisan ulama Islam, Sheikh Abu Sujak dari
Kitab Kifayatul Akhyar yang bermaksud: ``Barang siapa yang keluar
daripada Islam, ia diminta bertaubat tiga kali. Jika bertaubat, dan jika
tidak dia dibunuh, dan tidak boleh dimandikan, tidak boleh
disembahyangkan dan tidak boleh dikuburkan di perkuburan orang Islam.''
Pada
prosiding pagi ini, Siti Harlina memaklumkan kepada mahkamah bahawa Ah
Fatt mengemukakan afidavit bagi meminta supaya mayat ibunya itu
disemadikan mengikut adat Cina dan agama Buddha.
Antara
lain kandungan afidavit itu ialah keputusan laporan penyiasatan Pejabat
Agama Islam Alor Gajah, Melaka pada 7 Mei 1986 mengenai laporan
bersekedudukan antara Nyonya dan suaminya, Chiang Meng.
Dokumen
penyiasatan itu ditulis oleh Pemeriksa Hal Ehwal Agama 1 Daerah Alor
Gajah, Melaka, Ab. Azit Abdullah melalui kadi daerah yang dialamatkan
kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka.
Sementara
itu, Kwai Ying berkata, ibunya membuat wasiat dalam akuan bersumpah
bahawa dia tidak akan kembali kepada agama Islam dan meminta disemadikan
mengikut agama Buddha.
Dalam
pada itu, Pegawai Agama Alor Gajah Melaka, Kamarul Saman Yaacub, 42,
yang turut dipanggil memberi keterangan, mengesahkan laporan yang dibuat
oleh Ab. Azit itu.
Beliau turut mengemukakan salinan asal dokumen itu kepada mahkamah.
Nyonya,
89, meninggal dunia kerana sakit tua kira-kira pukul 4 petang, Jumaat
lalu di rumahnya di Taman Indah, Tampin dekat sini.
Status agama Nyonya disedari oleh anggota polis di Balai Polis Tampin apabila anak dan cucunya datang membuat laporan kematian.
Ini
kerana dalam salinan kad pengenalan Nyonya jelas menunjukkan dia Melayu
dan beragama Islam sedangkan anaknya menggunakan nama Cina dan beragama
Buddha.
Petikan: Utusan Melayu 24 Januari 2006
6. Aisyah Bokhari
Pernah
dengar cerita Aisyah Bokhari yang murtad tak lama dulu?Suratkhabar
banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi
kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup
sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.
Cerita
mengenai isu murtad yang dibawa di sini memang agak panjang tetapi
sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam,
buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita
yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua
serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang
paling besar ini.
Ini
bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya
dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah
Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman
kepada kita.Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan
perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari
Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.
Tahun
1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk
Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja.Tahun 1998 saja,516 orang sudah murtadAisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.
Setakat
kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli
Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu
simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah
kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang
kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman
kitasendiri.
Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.
1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2.Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?
Apa
yang berlaku kepada Haji Bukhori setelah 25 tahun didik anak dengan
pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di
masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.
Aisyah
adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya.
Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama,
dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi
ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti
Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya
imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia
juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa
yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya
Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal . Masuk ITM dia terlibat dalam
gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu
kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan
Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga.Takde
apa yang pelik pada dia, duduk dilembah keramat AU5C. Kakak dia pun
macam itu juga keterampilannya.Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu
terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,
"Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian."
Bayangkan
hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah
adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh
murtad. Apa yang Haji Bukhori boleh buat? Airmata sahaja modal dia.
Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang
dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk
permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk
dimurtadkan.
Butir asal permohonan
Permohonan
ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam CinaKristian.
(Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk
membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang
permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara
salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11
Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung
soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28
November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.
Sebab
yang dia beri, "Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh
NurAisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran
agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat
sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam."
Perenggan
23: "Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedangdikurung secara
salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa
saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama
pilihannya iaitu Kristian Khatolik".
Kita
tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan
Persekutuanmenyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup
umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita
yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga
yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan
perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan
undang-undang sivil,undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama
rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmihendaklah dibuat mengikut cara
Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari
itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.
Article
4 pula menyatakan: "Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang
bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini
termasuklah hukum syara'.
KUALA
LUMPUR 21 Jan. - Ibu bapa Nor'Aishah Bokhari, gadis yang kononnya
mengisytiharkan dirinya murtad, merayu anak mereka itu agar pulang ke
pangkuan keluarga untuk bersama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri
seperti tahun-tahun lalu.
Mereka
turut merayu jasa baik umat Islam di negara ini untuk mendoakan
kerahmatan ke atas Nor'Aishah serta mengerjakan solat hajat sepanjang
minggu terakhir bulan Ramadan ini agar gadis itu kembali ke pangkuan
keluarga dengan selamat.
Bapa
gadis tersebut, Bokhari Md. Tahir, 62, seorang pesara guru, berkata,
beliau terpaksa mengetepikan perasaan malu yang akan ditanggung oleh
keluarganya kerana percaya anaknya sehingga hari ini masih lagi kekal
menganut agama Islam.
''Ramai
kawan-kawan saya memberi perangsang untuk membawa perkara ini ke
pengetahuan umum kerana mereka percaya saya telah selesai menjalankan
tanggungjawab saya sebagai seorang ayah dengan baik,'' kata beliau
dengan nada yang sebak ketika ditemui Utusan di sini, hari ini.
Beliau ditemani oleh isterinya, Samiah @ Aton Taha, 58, kakak dan abang kepada Nor'Aishah, Norashikin dan Nazaruddin.
Nor'Aishah
melalui peguamnya mendakwa telah mengikrarkan satu surat akuan yang
menyatakan bahawa dia ingin meninggalkan agama Islam untuk memeluk agama
Katholik dengan memakai nama Aishah Felicia Bokhari pada 22 Oktober
tahun lalu.
Bagaimanapun
kesahihan dakwaan itu masih tidak jelas kerana tiada pengakuan dan
keterangan secara terbuka daripada Nor'Aishah sendiri mengenai perkara
itu.
Pengakuan
yang ada hanya menerusi seorang peguam tetapi ia diragui oleh keluarga
Nor'Aishah berdasarkan kenyataan taubat yang dibuat oleh gadis itu di
Jabatan Agama Islam Negeri Johor di Johor Bahru pada 18 Disember lalu.
Gadis
itu bagaimanapun dilaporkan hilang pada 30 Disember lalu dan kini
dipercayai berada bersama teman lelakinya, Joseph Arnold Lee, 28.
Pihak polis tidak menolak sebarang kemungkinan pasangan itu sedang bersembunyi di negara jiran.
Keterangan gadis itu amat penting bagi menentukan kesahihan pengakuannya untuk keluar daripada agama Islam.
Isnin
lalu, Nor'Aishah menerusi peguamnya menarik balik satu permohonan writ
habeas corpus terhadap bapa, ibu, abang dan seorang bapa saudaranya yang
didakwa telah mengurung dan menahan beliau secara paksa.
Nor' Aishah bagaimanapun tidak hadir pada hari itu.
Bokhari
seterusnya berkata, Nor'Aishah, 25, seorang anak yang menerima didikan
agama yang cukup ketika menuntut di sebuah sekolah agama di Johor.
''Pendidikan agama yang diterimanya cukup untuk melayakkan beliau menjadi seorang ustazah,'' katanya.
Tambahnya, Nor'Aishah pandai membaca al-Quran dan turut menghafal beberapa surah penting.
Menurut Bokhari, Nor'Aishah dengan semua anggota keluarganya cukup baik.
''Kami adik beradik sememangnya rapat dan sering berkongsi dalam banyak perkara,'' kata kakaknya, Norashikin.
BOKHARI
Md. Tahir dan Samiah @ Aton Taha tidak dapat menahan sebak mengenangkan
nasib anak perempuan mereka, Nor'Aishah yang menghilangkan diri sejak
30 Disember lalu. Nor'Aishah kini dipercayai berada di negara jiran
bersama teman lelakinya. - Gambar ZAINAL ABIDIN IBRAHIM.
Dalil-dalil larangan Murtad
Murtad adalah seburuk-buruk kekufuran, dan diantara dalil keburukannya ialah firman Allah SWT;
وَمَنْ
يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ
حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَأُولَئِكَ
أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ.
Maksudnya:
Dan sesiapa diantara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya
(agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang yang
demikian rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di
akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya
(selama-lamanya) (al-Baqarah. 2: 217) :
Dan firmannya;
مَنْ
كَفَرَ بِاللَّهِ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِهِ إِلَّا مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ
مُطْمَئِنٌّ بِالْإِيمَانِ وَلَكِنْ مَنْ شَرَحَ بِالْكُفْرِ صَدْرًا
فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِنَ اللَّهِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Maksudnya:
Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya
kemurkaan dan azab dari Allah) kecuali orang yang dipaksa (melakukan
kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa
yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka itu tertimpa
kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar. (al-Nahl.
16: 106)
nota : banyak sebab kes cinta je, orpp?.. Doakan agar kita dan keturunan kita dijauhkan dari dosa kufur ini...
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @MediaHav0c
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :