Artikel berkaitan:
- "Saya diugut tembak jika tidak serah anak kepada bekas isteri" - Adli
- Penerbit TV Dakwa Bekas Suami Enggan Serahkan Anak
Ramai pihak yang menyalahkan saya kerana kononnya dengan sengaja melanggar perintah mahkamah yang sebelum ini berpihak kepada ibu Amanda, Farah Nadia binti Dato' Sri Che Norudin (mummy).
Di sini, saya kongsikan penerangan ringkas dan dokumen yang bakal saya bentangkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Khamis ini, 29 September 2016 untuk permohonan menukar hak penjagaan (hadhanah).
Untuk pengetahuan semua, saya kini mempunyai tiga orang anak termasuk Amanda. Jadi, tiada isu untuk saya berebut anak tetapi saya bertindak melindungi anak ini atas alasan tertentu.
Pada Jumaat 19 Ogos 2016, tiba giliran saya mengambil anak kami, Amanda Nerissa, untuk bermalam. Mengikut perjanjian perintah yang dibuat sebelum ini, penggiliran dibuat dengan dua minggu bersama ibu dan selepas itu lima hari bersama bapa.
Oleh kerana Amanda kini sudah bersekolah, saya abaikan perintah itu dengan membiarkan Amanda dua minggu bersama ibunya. Manakala saya hanya mengambil tiga hari sahaja pada Jumaat tengah hari selepas sekolah, Sabtu dan Ahad.
Pada Isnin jam 7.15 pagi, saya menghantar Amanda terus ke sekolahnya di Bandar Utama. Saya menetap di Rawang, oleh itu jarak rumah saya sekolahnya di Bandar Utama agak jauh untuk saya hantar dan ambil pada hari persekolahan biasa. Oleh itu saya korbankan dua hari lagi tempoh hak bermalam bersama saya itu demi memudahkan kehadirannya ke sekolah. Biar ibu dan suami barunya, Akmal Asraf (Abi) yang menghantar dan mengambil Amanda dari sekolah memandangkan mereka berkerja di TV3, Bandar Utama.
Amanda pada hari itu nampak lain dari kebiasaannya. Lalu saya bertanya kenapa.
"Abi dan mummy bergaduh lagi. Diorang gaduh pastu panggil p*k*mak, babi dan sial," jelas Amanda.
Rasa nak luruh jantung saya apabila anak yang baru berusia 7 tahun itu sudah pandai menyebut perkataan lucah sebegitu. Amanda menegaskan bahawa dia enggan pulang ke rumah ibunya kerana takut. Jadi sebagai ayah, saya mengambil keputusan ini untuk melindungi keselamatan anak kandung saya.
Khamis 29 September 2016 ini saya akan menghadiri majlis Sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam di mana perbincangan terus dengan ibu Amanda akan dibuat bagi memindahkan hak penjagaannya. Ini sebahagian dokumen yang saya bentangkan. Jika peringkat SUlh gagal, prosiding mahkamah akan bermula dan biasanya akan mengambil masa 6-9 bulan untuk selesai.
Farah mengaku curang dengan suami sekarang kepada saya |
Farah melenting dan menyumpah anak sendiri yang baru berusia 7 tahun kerana Amanda mengadu kepada saya |
Ini arahan peguam Farah yang tetap saya penuhi walaupun berat hati kerana bimbang keselamatan Amanda. Tak sangka ia adalah satu perangkap/ambush. |
Ini cover repot sebelum saya failkan tuntutan hadhanah yang baru |
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :