Suami
Isteri Bakal Dihukum Gantung Sampai Mati|Dungun: Suami isteri
dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan mendera
kanak-kanak perempuan.
Tertuduh,
Muhammad Hafiz I D Osmera, 21, dan isterinya, Fathin Nur Athirah
Sabarudin, 21, mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 302
Kanun Keseksaan kerana membunuh dan di bersama Seksyen 34 kanun yang
sama dikan di hadapan Majistret Hazwanie Hussain Bustari.
Mengikut pertuduhan, pasangan berkenaan didakwa bersama-sama membunuh Nadzirah Nur SafiahSabarudin,
2, yang juga adik kepada tertuduh wanita di rumah di Jalan Tenggiri,
Kampung Baru Tebing Tembah, Paka, antara 30 Julai hingga 29 Ogos lalu.
Bagi kesalahan itu, kedua-dua tertuduh berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Mona Shazwani Kamarul Zaman manakala tertuduh diwakili peguam, Hafizul Faris Che Razlan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Mona Shazwani Kamarul Zaman manakala tertuduh diwakili peguam, Hafizul Faris Che Razlan.
Bagaimanapun,
tiada sebarang pengakuan direkodkan sebelum Hazwanie menetapkan 9
Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu
laporan perubatan.
Sebelum
ini, akhbar melaporkan seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia
dipercayai akibat didera kakak dan abang iparnya di Paka, Dungun pada 30
Ogos lalu.
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @MediaHav0c
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :