Setelah Beberapa Hari Meninggal Satu Per Satu RAHSIA Tuan Guru Haron Din Diceritakan !!! | Saya sempat belajar dgn almarhum di Darul Syifa’ Bangi sekitar tahun 2009 bersama ustaz Al Rania dan ustaz Ihsan Abdullah.
Almarhum TGHD seorang yg sangat merendah diri dan terlalu sedikit
cintakan dunia bahkan ikhlas dlm merawat pesakit, walaupun individu
tersebut dari ideologi parti berbeza.
Pernah
almarhum bercerita kepada kami para pelajar. Kisah beliau pernah
menasihati satu pasangan yg mana si isteri hampir menggugurkan
kandungannya kerana belum bersedia menerima cahaya mata (kalau tak silap
saya). Pasangan ini daripada keluarga berada. Hasil nasihat dan teguran
dari almarhum, pasangan ini membatalkan niat utk menggugurkan
kandungan. akhirnya mereka mendapat cahaya mata yang sihat dan sempurna.
Lalu
si suami menjemput almarhum untuk mentahnik dan memberi nama kepada
anak tadi kerana terhutang budi dgn almarhum. Selesai tahnik, si suami
menyerahkan sampul kepada almarhum, katanya sedikit sumbangan ikhlas.
Almarhum berkeras menolak namun si suami tetap mahu memberi.
Setelah
pulang, beberapa lama kemudian barulah almarhum teringat pada sampul yg
diberikan tadi. Sebelum buka sampul, terdetik dalam hati ” mungkin
RM100 atau lebih sikit”. Namun apa yg memeranjatkan, isi sampul tersebut
adalah sekeping cek yg tertera RM 1,000,000.00!!!
Almarhum
telefon kepada si suami tadi dgn mengandaikan beliau tersilap, tp si
suami mengatakan memang beliau berniat utk memberinya kepada almarhum.
“Ustaz gunalah duit tersebut utk apa2 pun”.
Lalu
almarhum teringat tentang janji beliau beberapa bulan sebelum itu di
sebuah masjid di Langkawi. Pihak AJK masjid memaklumkan, kos utk membina
masjid baru adalah berjumlah RM1.4 juta. Ketika itu almarhum kata,
“saya tak dak jumlah sebanyak tu. kalau saya ada, saya mesti bagi”.
Teringatkan janji tersebut almarhum terus menyerahkan cek tersebut
kepada pihak masjid. Mereka begitu gembira bahkan berkali2 berterima
kasih kepada almarhum. Kata almarhum, “bukan saya, tp ada hamba Allah yg
bagi cek ni pada sy. Saya tlg sampaikan saja”.
Akhirnya
masjid td berjaya disiapkan. Pada majlis perasmian masjid, almarhum
mengajak si suami td menemani beliau ke Langkawi. Dalam ucapan beliau,
almarhum memperkenalkan kepada penduduk tempatan ttg lelaki yg
memberikan cek RM 1 juta kpd beliau. Si suami td terkejut. ” Ustaz guna
duit tu utk masjid?” Soal beliau terkejut. Almarhum hanya tersenyum.
Moral
of story, almarhum berpesan kepada kami para pelajar, org agama tidak
perlu kejar dunia. Jika mereka ikhlas, insya Allah dunia yg akan kejar
mereka. Kisah ini saya ingat sampai sekarang. Semoga Allah SWT
menempatkan almarhum di sisi para anbiya’ dan solihin.
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه….
Kredit:- Fb Abu Anas Mohamad Lutfi
KLIK >>>> VIDEO
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
![Cite Heboh](https://s31.postimg.org/fpiytz9ff/cite_heboh_3.png)
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI
![Citer Heboh](https://s16.postimg.org/ixlexvw3p/citeheboh1.png)
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :