Pada
usia empat tahun, Nur Madihah sudah derita dengan penyakit ‘Diabetes
Milletus Type 1’ memaksa bapanya Muhmmad Mohsin merayu bantuan orang
ramai kerana kos rawatan anaknya memerlukan perbelanjaan besar. - Foto
AMRAN HAMID
Alor
Setar: Keluarga budak perempuan berusia empat tahun yang menghidap
penyakit Diabetes Milletus Type 1 di Taman Nuri, Jalan Datuk Kumbar,
dekat sini, merayu sumbangan orang ramai untuk menampung kos perubatan
anak perempuan mereka itu.
Bapa
kanak-kanak itu, Muhammad Muhsin Mansor, 29, berkata Nur Madihah
dikesan menghidap penyakit berkenaan sejak dua tahun lalu dan kini
kesihatannya semakin kritikal dan memerlukan penjagaan rapi.
Katanya,
dia sudah menghabiskan wang simpanan serta sumbangan pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) hampir RM34,000 untuk membeli peralatan rawatan termasuk
‘diabetic infution pump' serta jarum suntikan insulin.
Menurutnya,
selain alat berharga RM21,000 itu, setiap bulan dia perlu membelanjakan
antara RM1,000 hingga RM1,200 untuk membeli tiub dan jarum suntikan
yang perlu diganti untuk mengelak jangkitan kuman.
"Sebelum
ini Nur Mahidhah aktif namun doktor mengesahkan dia menghidap diabetis
selepas kerap demam dan tidak bermaya selain sering dahaga dan kerap
kencing.
“Doktor
menasihatkan saya membawa anak menjalani rawatan doktor pakar di
Hospital Pulau Pinang (HPP) atau Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) setiap
tiga bulan sekali," katanya yang ditemui di rumahnya di sini, hari ini.
Muhammad
Muhsin yang bekerja kilang di Butterworth, Pulau Pinang, dan isterinya,
Noor Hidayah Mohd Kaharudin, 28, merayu sumbangan orang ramai bagi
meringankan beban kos perubatan anaknya.
Orang
ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh menghubungi Muhammad
Muhsin di 019-5732415, akaun Maybank 152077339717 (Muhammad Muhsin).
Sumber: hmetro