PUTRAJAYA - Seorang wanita meluahkan rasa kecewanya terhadap sekolah anaknya, berikutan anaknya terpaksa membeli kertas A4 untuk disedekahkan kepada pihak sekolah.
"Saya bawa anak ke Tesco, depa beli A4 paper seorang satu rim. Saya tanya nak buat apa seorang satu rim? Depa jawab nak sedekah dekat sekolah untuk peperiksaan. Setiap student kena sedekah kat sekolah, satu rim.
"Sekolah tak ada duit nak beli kertas. Teruk betul kewangan kerajaan. Lagu ni punya keadaan pi sekolah belajar sudah la. Takyah ada peperiksaan. Ekonomi negara dah teruk, minta pihak bertanggungjawab prihatin terhadap masalah kewangan negara. Jangan syok dok perabih duit rakyat untuk kepentingan diri sendiri. Apa nak jadi ni?" luah Sharifah Mohd Jahaya.
Susulan viralnya status tersebut, beliau banyak menerima reaksi positif dan tidak kurangnya negatif.
"Mungkin ada yang kata saya berkira dan tidak mahu berkorban untuk pendidikan anak, mungkin saya tak hadir mesyuarat PIBG. Saya ada office sendiri yang memang guna banyak kertas. Saya beli kertas untuk office dalam kuantiti banyak. Kertas habis, kerja tak jalan. Jadi, kertas merupakan benda paling penting. Apabila ianya penting, maka duit mesti diallocate untuk kertas terlebih dahulu berbanding untuk perkara lain. Tanpa kertas, kerja tak jalan. Apabila kerja tak jalan, pendapatan slow, duit tak masuk.
"Saya boleh sedekah 100 rim kepada pihak sekolah tetapi isu yang saya nak timbulkan di sini bukan isu sedekah. Isunya, kenapa sehingga ke tahap macam ini berlaku di sekolah? Di mana wang peruntukan untuk sekolah? Kertas benda asa, peralatan sukan bukan benda asas. Aktiviti ko-kurikulum bukan asas. Bajet untuk benda asas pun tak ada. Apa sudah jadi?" soalnya.
TAK WAJAR HENTAM SEKOLAH/KERAJAAN
Bagaimanapun, luahan ibu kepada enam orang anak itu dijawab oleh seorang lelaki bernama Misnan Masri yang berpendapat bahawa ia tidak perlu menjadi isu dan menghentam sekolah.
"Kenapa ibu bapa tak bertanya pada pihak sekolah dulu? Kerana sebelum melaksanakan apa-apa aktiviti, sekolah mesti sertakan surat siaran. Kenapa perlu diadu-dombakan di Facebook dengan provokasi pada pihak kerajaan? Sebagai peguam, perlu buktikan bagi membuktikan kesalahan (jika berlaku). Lagipun, apa kesalahan yang sekolah itu buat mengajar pelajarnya bersedekah dan jariah?
"Nak sedekah dan jariah, beli melalui anak-anak. Rasa membebankan, tak payah beli dan saya pasti pihak sekolah tak akan mengenakan tindakan pada pelajar jika ibu bapa nyatakan keengganan.
"Kalau tak boleh terima, tak payah beli dan sumbangkan kertas A4. Minta anak salin latihan tambahan atau pinjam kawan punya yang dapat serta photostat sendiri di luar. Mudah kan? Baru tahu nilai berapa sen setiap lampiran yang cikgu perlu sediakan," katanya.
Jelas Misnan lagi, kerajaan telah menyediakan banyak kemudahan asas untuk belajar seperti bangunan yang selesa, kemudahan belajar, buku teks, bantuan kepada murid miskin, penyediaan prasarana pembelajaran dan sebagainya.
"Ada pihak sekolah yang buat program majukan prestasi pelajar dengan menyediakan latihan tambahan berbentuk lampiran kerja atau nota. Sebab itu ada pihak sekolah meminta bantuan dari ibu bapa menyumbangkan kertas sebab latihan tambahan memang tiada peruntukan yang diberi. Itu adalah inisiatif sekolah atau guru sendiri bagi membantu pelajar cemerlang," katanya.
GURU TURUT MENYUMBANG
Sementara itu, beberapa golongan pendidik juga turut memberikan respon mereka berhubung isu ini.
"Sebagai guru, saya juga bertanggungjawab untuk bersama-sama menyumbangkan satu rim A4. Semasa menyumbang, saya tidak mengeluh kerana, sebagai guru saya faham A4 itu untuk apa. Kami sebagai cikgu bukan setakat menyumbang kertas A4, malah kertas bunga, manila kad, bunga, kertas warna, paku, selotape, dawai kokot, plastik, marker pen.
"Kami yang cikgu-cikgu ini sudah banyak menyumbang dan anggap sedekah demi anak bangsa. Pada ibu bapa yang tidak mampu dan tidak ikhlas, lebih baik jangan bagi. Tak adanya anak akan dibuang sekolah disebabkan perkara itu." kata cikgu tersebut yang tidak mahu didedahkan nama.
MINTA MAAF
Oleh kerana enggan memanjangkan isu kertas A4 dan menimbulkan kemarahan banyak pihak, Sharifah meminta netizen berhenti berbahasa mengenainya serta meminta maaf di atas luahannya itu.
"Saya minta maaf kerana posting saya mengundang kemarahan anda semua. Isu kertas, small matter. Apabila diviralkan, jadi big matter. Saya nasihatkan anda semua be positive.
"Kepada cikgu yang ikhlas membantu sekolah mengeluarkan duit sendiri, sila teruskan bantuan anda. Kepada ibubapa yang rajin bersedekah dan banyak duit, eloklah offer diri sedekah kertas untuk murid-murid yang ibu bapa mereka susah dan tiada berduit banyak," katanya. - PIXEL MEDIA
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :