Sensasi

'Sampai Hati Ibu...'


SIBU - Sampai hati seorang ibu meninggalkan bayinya yang berusia 14 bulan seorang diri dalam bilik sewa, sebelum ditemui oleh pemilik kediaman berkenaan. 

Bayi bernama Febian Masing Victoria itu ditemui tinggal berseorangan dalam sebuah bilik oleh pemilik kediaman, Umban Luba, yang kebetulan tergerak hatinya untuk datang mengejut membersihkan kawasan kediamannya. 

Menurut Umban, dia terdengar suara kanak-kanak menangis lebih kurang jam 1 tengah hari, lalu pergi memeriksa sebuah bilik dan mendapati bayi berusia 14 bulan itu keseorangan. 

Ketika ditemui, bayi itu hanya dibekalkan dengan iar teh yang diisi ke dalam botol susunya, diletakkan di atas lantai. 

Bayi itu telah dijaga oleh Umban lebih seminggu yang lalu dan dalam masa yang sama, Umban cuba mengesan Victoria Timban, ibu bayi berkenaan. Namun panggilan dan mesej yang dihantar tidak mendapat sebarang respon dari wanita itu sehingga kini.

Ekoran itu, Umban berhasrat mahu menjadikan bayi itu sebagai anak angkatnya dan telah merujuk perkara tersebut dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu. Bagaimanapun, Umban dinasihatkan bersabar serta menunggu sehingga ibu kandung bayi berkenaan tampil menuntut anaknya. 

Kisah bayi malang itu mendapat perhatian Unit Bergerak Penyayang SPDP Bintulu dan tampil menghulurkan sedikit sumbangan. - The Reporter


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.