![1.jpg](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhh3Rp_ipnOXaNweAkOv2cjGiyFbo-EZv-aVHPnINFb5E-1tblTJAVLaUfUYCy1IORYiZ1xNadQm-vTMORMTAF5uc1hD0uVvg0wbgPIe2a-mZedW4VDB2r5PtPZqZdvwVDFyyRwnI3rpU8/s640/1.jpg)
Cucu Allahyarham Haron Din menjadi Imam solat ghaib di hadapan 5000 orang makmum termasuk para Ulama.
Dia
ni baru umur 17 tahun beb. Nak jumpa budak-budak muda confident jadi
imam solat Zuhur pun susah, inikan pulak imam solat jenazah.
Nak dijadikan cerita,
Suatu
hari, waktu tu aku stay up untok study final exam sampai ke Subuh.
Dalam perjalanan pulang ke UIA, aku singgah sebentar solat di Petronas
Taman Sri Gombak.
Di
luar Petronas ada ramai brader-brader tengah melepak atas motor sambil
berbual-bual. Budak-budak motor baru habis racing agaknya.
Selesai
ambil wuduk, aku masuk je dalam surau, ada sorang brader ni tengah
solat. Di tepinya ada sebijik helmet. Aku yakin, dia ni salah seorang
geng motor tadi tu.
Aku bentang sejadah kat tepi dia, lepas tu sebut takbir kuat-kuat tanda aku mahu berimamkan dia.
“Allaaaaahuakbar.”
Tiba-tiba
dia jatuhkan tangan perlahan-lahan, dan dia naikkan balik. Anak mata
aku dapat rasa yang dia menjeling kat aku. Tapi aku buat tak reti je la.
5 minit dia berdiri, tak baca apa-apa pun. Literally dia berdiri je sambil kaki dia nampak menggeletar.
Lepas tu dia rukuk, “Allahuakbar”. Aku ikut.
Masa nak iktidal, dia takbir lagi “Allahu… Hamidah.”
Dah aku pulak yang confuse ni. Suara dia menggigil dan menjeling-jeling ke arah aku. Sah dia ni tak pernah jadi Imam!
Aku
waktu tu nak berhenti solat dah, nak solat sorang – sorang. Tapi aku
fikir masa tu, tak apalah. Aku ikutlah dia sampai habis. Nanti aku
solatlah semula.
Sujud
dan duduk antara dua sujud tak ada masalah. Waktu rakaat kedua, sekali
lagi dia tak diammm je selama 5 minit. Al-Fatihah baca dalam hati saja
gamaknya.
Tiba-tiba, “Allahuakbar.” dia bertakbir. Ingatkan dia nak rukuk la.
Rupa-rupanya dia angkat tangan dan nak baca doa qunut!
Aduh ini sudah parah. Dia menjeling-jeling sambil menggigil tangan menadah doa.
Aku stop solat, dan terus kata pada dia.
“Bro, meh la aku jadi Imam.”
Lepas tu dia gelak sambil tutup muka. Aku nampak dia gelak, aku pun ikut la sama.
“Celaka
bro. Yang kau tetibe sembahyang belakang aku apsal? Aku mana la tahu
jadi imam-imam ni. Kah kah kah. Sial.” kata dia sambil ketawa.
“Aduh kau ni pun gelabah sangat. Solat je la macam biasa. Ni nak menjeling-jeling aku pulak. Kah kah kah.” kata aku.
“Aku
ni jarang solat bai. Ni pun nasib baik terdetik hati aku nak solat
kejap. Kau je la jadi imam, aku ikut. Kalau kau jadi imam, kau tak
nampak aku jeling kau”
Kah kah kah. Aku gelak je la.
Lepas tu aku jadi Imam solat. Sempurna lah rasanya.
Selesai solat, kami bersalam.
“Yang kat luar tu dah settle ke solat?”
“Alaa.
Diorang bukan solat pun. Berhenti sini pun sebab nak isi minyak dan
pergi berak. Aku pulak sambil tunggu pergilah sembahyang sini dulu.”
“Bro,
jahat mana pun kau, jangan lupa solat ok? Kau usaha semampu yang boleh
untok lengkapkan solat harian dan usaha untok sempurnakan solat kau,
ok?”
Dia mengangguk sambil tersengih.
Kami pun berpisah.
Itulah
tuan-tuan. Ada orang, pada umur muda, dah jadi Imam solat jenazah. Ada
pula, umur muda tapi tak tahu macam mana nak jadi Imam.
Aku
memang respek melambung pada brader ni sebab dia ada rasa nak solat
Subuh dalam keadaan member-member dia tak solat. Dalam hati dia, masih
rasa nak solat. Soal sempurna atau tidak, biarlah Tuhan tentukan.
Dan
waktu aku jadi makmum dia, dia tetap teruskan solat. Kalau dia
betul-betul tak tahu dan tak mahu, awal-awal lagi dia dah stop solat dia
tu. Maknanya, dia still kental hati nak jadi Imam, bukannya mengalah
terus.
Kalau
ada geng-geng kita yang malas solat, nasihatlah dia baik-baik.
Janganlah pula kita mengumpat pasal dia, tapi tak mahu nasihat dia.
Dan
kepada yang malas solat tu, pada usia yang muda ni rajinkanlah solat.
Nanti nak kahwin nanti, kita mesti nak isteri kita solat. Dah ada anak
nanti, mesti nak anak kita solat. Walaupun keluarga kita biasa-biasa
dalam bab agama, at least, ahlinya solat.
Mungkin kita tak boleh jadi cucu Allahyarham Haron Din.
Tetapi kita boleh menjadi diri kita yang lengkap solatnya sehari semalam.
******************************
SHAH
ALAM, 17 Sept Suasana sedih menyelubungi Masjid Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah, di sini apabila kira-kira 5,000 jemaah menyempurnakan
solat jenazah ghaib untuk Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.
Solat
jenazah ghaib yang diadakan kira-kira pukul 9.25 pagi diimamkan sendiri
cucu Allahyarham Haron, Hakeem Hamdi, 17, dan turut disertai Presiden
PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta exco kerajaan Selangor daripada
PAS, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.
Turut
hadir menunaikan solat jenazah ghaib berkenaan ialah Ketua Umno
Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos, Presiden Parti Pribumi
Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengarah Strategik Parti
Amanah Negara Dr Dzulkefly Ahmad.
Terdahulu,
ketika imam besar masjid berkenaan, Muhammad Farhan Wijaya memanjatkan
doa terhadap Allahyarham Haron sebelum solat dilangsungkan, rata-rata
jemaah kelihatan sebak sehingga ada yang mengalirkan air mata.
Zaidy
ketika ditemui menyifatkan Allahyarham sebagai seorang ulama yang amat
mendalam ilmu agamanya terutama dalam rawatan Islam dan kehilangan tokoh
berkenaan pastinya dirasai seluruh anggota PAS dan masyarakat Islam di
negara ini.
Beliau
(Haron) pernah menyatakan sekiranya dirinya masih boleh berperanan
dalam perjuangan Islam, beliau minta Allah panjangkan umurnya namun jika
tugasnya (dalam perjuangan Islam) telah selesai, dia reda dengan
pemergiannya.
Kehilangan
beliau amat dirasai kerana beliau merupakan pemimpin yang banyak beri
panduan dan nasihat kepada PAS… patah tumbuh hilang berganti, namun
bukan kepada ahli ulama ini, katanya.
Bagi
Jamal pula, walaupun berbeza fahaman politik, Allahyarham Haron dilihat
sebagai seorang tokoh agama yang dikagumi atas segala ilmu baktinya
kepada masyarakat dan kehilangan permata itu pastinya memberi kesan
kepada negara.
Walaupun
beliau daripada PAS, namun saya amat mengagumi beliau yang sejak muda
hingga ke akhir hayatnya, beliau seorang tokoh ulama yang menghambakan
diri kepada masyarakat dan segala jasanya tidak dapat dinafikan,
katanya.
Allahyarham
Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi (waktu Malaysia) semalam di
Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat
komplikasi jantung.
Jenazah
beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars, 1761
Laughlin Rd, Livermore, California, Amerika Syarikat pada 8.57 pagi tadi
(waktu Malaysia).
Allahyarham meninggalkan isteri Datin Khatijah Salleh serta dua anak lelaki dan tiga anak perempuan.
KLIK >>>> VIDEO
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
![Cite Heboh](https://s31.postimg.org/fpiytz9ff/cite_heboh_3.png)
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI
![Citer Heboh](https://s16.postimg.org/ixlexvw3p/citeheboh1.png)
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :