Penangan
 restoran Rumah Kueh milik pelakon jelita Rita Rudaini menjadi tarikan 
ramai peminat untuk berkunjung dan marasai sendiri keenakan makanan 
terutama kueh tradisonal yang dihidangkan hasil air tangan Rita sendiri.

Namun, dijangkakan manis sehingga penghujung rupanya pahit pula di pertengahan.
Alkisahnya,
 dua orang pelanggan dan juga peminat Rita Rudaini, salah seorangnya 
chef telah berkunjung ke Rumah Kueh dan telah memesan air milo ais. 
Tetapi, setelah memesan ia tidak seperti yang disangkakan kerana Rumah 
Kueh menghidangkan dalam cawan plastik, sudahlah harga untuk 2 cawan air
 milo ais berharga RM25.80.

Sudahnya,
 mereka berdua yang tidak berpuas hati telah membangkitkan isu ini 
sehinggakan Rita Rudaini turut membidas dan memerli kedua-dua 
pelanggannya ini.

Rumah
 Kueh pada awalnya telah memviralkan kisah dua orang pemuda tersebut di 
Instagram dan yakin bahawa admin Rumah Kueh yang memuat naiknya. Namun, 
ia telahpun dipadam atas nasihat dan Rita Rudaini mungkin ada jawapannya
 untuk tidak memanjangkan isu ini.
Namun,
 dua pemuda tersebut sehinggakan kini masih tidak berdiam diri kerana 
menganggap Rita Rudaini sengaja menganiayai mereka berdua setelah kisah 
mereka menjadi viral.
Walau apapun, harapnya kedua-dua pihak sama ada Rita Rudaini mahupun pelanggannya berahir dengan baik agar tidak mengaibkan sesiapa. Peminat pula janganlah cepat menggelabah dan memviralkan sesuatu perkara, lebih elok bertanyakan sendiri kepada kaunter bayaran atau pekerja Rumah Kueh berhubung harga dan gelas yang dihidangkan.

Sumber – CARI
  
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :