Sensasi

'Nasib Baik Pintu Kereta Dikunci'


Bukan mahu mencetuskan rasa panik ibu bapa di luar sana, tetapi apa yang berlaku pada keluarga Aishah Hishamudin ini wajar dijadikan sebagai peringatan kepada semua agar selalu mengunci pintu kereta. 

Ya Allah, menggigil satu badan dengar cerita mak. Semalam mak dengan abah bawa Naziha dan Piya pergi ke kedai. Sampai di persimpangan lampu isyarat (lampu merah), mereka pun memberhentikan kereta. 

Di sebelah abah, ada sebuah kereta Toyota Hilux berwarna putih yang turut berhenti.  Naziha pada ketika itu duduk di sebelah pemandu, sebelah atok dia. 

Pemandu Hilux itu terus pergi ke sebelah kiri pemandu tempat Naziha duduk dan dia terus cuba membuka pintu kereta. Namun lelaki itu gagal berbuat demikian.  Ya Allah, nasib baik pintu itu lock. 

Abah pun tanya kenapa lelaki itu berbuat demikian. Lelaki itu jawab dia saja saja dan terus naik kereta berlalu pergi. 

Tak dapat bayangkan kalau pintu kereta tidak dikunci pada masa itu. Moralnya, sama-samalah beringat untuk kunci pintu kereta. - Aishah Hishamudin 


Orang ramai dinasihatkan selalu mengunci pintu kereta sama ada membawa anak-anak kecil atau bersendirian demi keselamatan. Jika ternampak sesuatu yang mencurigakan dari kereta berhampiran, segera hidupkan lampu kecemasan dan pergi ke balai polis berhampiran. - The Reporter


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.