Sensasi

'Nak Ada Rezeki (Hamil) Macam Mana Kalau Isteri Tak Pernah Check Up?'


Oleh Rozana Tumirin

Tak ramai yang tahu saya hamil (Anggun) selepas kami cuba untuk hamil (TTC) secara konsisten selama lebih kurang enam bulan. Pada masa itu, tempoh perkahwinan kami baru saja setahun lebih. Sebab rimas diasak dengan soalan bila nak beranak, saya buat keputusan untuk berjumpa dengan Pakar Obstetri dan Ginekologi (O&G). Lagipun saya fikir, takkan umur dah 50 tahun baru nak hantar anak masuk darjah satu?

Secara puratanya, wanita akan mengandung dalam masa enam bulan selepas berkahwin, kecuali pasangan yang membuat perancangan keluarga. Jadi, tiada sebab untuk malu kalau nak jumpa O&G selepas enam bulan berkahwin. Lebih-lebih lagi kalau si isteri tahu yang dia mungkin mempunyai masalah seperti tempoh haid yang tidak teratur, sakit yang melampau ketika datang haid setiap bulan dan sebagainya. Tak perlu tunggu sampai 5-6 tahun dengan berpegang kepada ayat seperti "belum ada rezeki" sedangkan si isteri tak pernah buat sebarang pemeriksaan kesihatan. 

Suami selalunya agak ego bila isteri ajak buat pemeriksaan kesihatan. Risau jika dia yang bermasalah, malu dilabel mandul. Tetapi tahukah anda, saya telah melalui kesemua proses itu. Daripada semua proses itu, suami hanya buat satu ujian sahaja iaitu sperm count. Malah doktor tidak pernah menyentuh pesakit. Dapatkan air mani kita dan hantar ke makmal dan Boom! Tunggu saja keputusannya. 

Jadi, kalau sperm count okay, itu saja. Kalau sperm count kurang, mereka akan teruskan dengan proses seterusnya. Proses seterusnya tak tahulah sebab suami saya tak perlu melakukannya. 

Untuk isteri, saya tak berapa ingat secara terperinci prosesnya. Tetapi untuk temujanji pertama dengan pakar, doktor akan tanya tentang kitaran haid dan yang sewaktu dengannya. Selepas itu, doktor akan memeriksa rahim. Dia akan memasukkan alat melalui vagina anda untuk memeriksa sama ada rahim itu cyct ke, fibroid ke. Mujur saya tiada sebarang masalah. 

Selepas itu, doktor akan beri surat rujukan untuk buat HSH test sebab di hospital itu tiada kemudahan untuk melakukan ujian tersebut. 

Saya ambil masa untuk melakukan HSG test sebab saya mencari hospital yang ada doktor perempuan untuk melakukan ujian itu. Nasihat saya, jika anda tidak mempunyai kewangan yang mencukupi, carilah hospital yang menyediakan perkhidmatan doktor perempuan untuk melakukan semua proses ini. Anda tidak akan ras selesa kalau doktor lelaki yang memegang bahagian sulit itu. 

HSG test ini secara asasnya adalah ujian untuk memeriksa tiub fallapio ada tersumbat atau tidak. Dia akan masukkan dye ke dalam itu. Tiub fallapio ada dua. Jika salah satu tersumbang, satu lagi boleh berfungsi dan tiada masalah untuk mengandung. 

Di keseluruhan proses, ujian HSG adalah yang paling menyakitkan sebab saya tidak biasa dengan kesakitan melampau bila datang haid. Jadi, ujian ini sangat menyakitkan. Bukan selepas test ujian siap terus hilang rasa sakit, sakitnya sampai ke waktu malam pun tak hilang lagi. Kalau sakit perut, bolehlah disapu dengan minyak angin. Ini sakit di bahagian dalam. 

Untuk ujian HSG, keputusan akan diperolehi selepas 30 minit. Alhamdulillah, kedua-dua tiub fallopio saya tiada masalah. 

Selepas mendapat keputusan, saya buat temujanji lain pula dengan O&G. Mereka akan membuat semakan pada keputusan sperm count dan HSG. Saya dan suami tiada masalah. Selepas itu kalau tak silap, doktor minta saya datang semula hari ke 15 kitaran haid saya bulan depan untuk pemeriksaan. Jadi, pemeriksaan seterusnya selepas pemeriksaan, doktor berikan penjelasan semua. Dia menetapkan saya perlu mengambil satu suntikan Pregnyl Injection. Cucuk di bahagian punggung. 

Jadi, pregnyl itu akan berfungsi dalam tempoh 24-48 jam selepas suntikan. Jadi anda perlu buat langkah seterusnya dengan pasangan anda. Jika tidak, membazir sajalah. 

Selepas mendapat Pregnyl Injection, keputusannya selepas dua minggu kemudian. Anda akan dapat tahu sama ada anda berjaya atau tidak hamil selepas dua minggu. Atau mungkin memerlukan masa yang lama sebab kalau buat ujian air kencing mungkin keputusannya negatif. Jadi, jika kedatangan haid anda adalah lewat dari hari kebiasaannya, TAHNIAH! Alhamdulillah, saya disahkan hamil selepas mendapat satu Pregnyl Injection. 

Jadi nasihat saya kepada pasangan yang sudah berkahwin agak lama dan masih belum dapat anakj, bolehlah menghubungi mana-mana hospital untuk membuat temujanji. Tak perlu tunggu sehingga lima tahu baru nak jumpa doktor. Mungkin sudah agak terlambat pada waktu itu. 

Saya perempuan, jadi saya tahu macam mana rasanya mak mertua, makcik, tok nenek dan jiran bertanya "Bila nak mengandung?" 

Yang sudah berjumpa dengan doktor tetapi masih belum ada rezeki, teruskan berusaha. Rezeki ini bukan datang dalam bentuk anak sahaja. Tuhan bagi rezeki ini macam-macam. 

KOS RAWATAN

Kos keseluruhan saya tak ingat sangat. Tetapi untuk ujian HSG, RM180. pregnyl Injection RM63. Pemeriksaan kesihatan dengan pakar O&G lebih kurang RM200 setiap lawatan. 

Saya menggunakan khidmat doktor pakar O&G, Doktor Fazlina Hanum, Hospital Az Zahrah Bangi. Untuk ujian HSG, Doktor Nurhayati, KPJ Damansara. 

Untuk makluman, Az Zahrah tiada peralatan lengkap untuk membuat ujian HSG. 

Jumlah lawatan untuk membuat pemeriksaan lebih kurang 5-6 kali temrasuk ujian HSG, ujian darah, Pregnyl Injection dan lain-lain. - Rozana Tumirin | The Reporter


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.