Sensasi

MTUC Cadang Waktu Bekerja Penjawat Awam Dikurangkan Kepada 6 Jam Sehari


PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengalu-alukan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta kerajaan untuk mempertimbang cadangan mengurangkan jumlah jam bekerja bagi penjawat awam kepada enam jam dari lapan jam, lapor Astro Awani.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, langkah itu dilihat dapat memberikan keseimbangan kerja dan kehidupan kepada kakitangan awam. 

"Saya mengalu-alukan kerjasama dari MTUC dan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa yang akan mengkaji dan meneliti cadangan itu," katanya. 

Setiausaha Agung MTUC, N. Gopal Krishnam berkata,  cadangan itu adalah untuk mengurangkan masa bekerja tanpa menjejaskan gaji. 

"Kami tidak pernah bersetuju supaya gaji dikurangkan. Apa yang kami cadangkan adalah untuk mengurangkan masa bekerja tanpa menjejaskan gaji. Jika cadangan ini dilaksanakan, ia akan mewujudkan situasi bekerja yang kondusif dan seterusnya dapat meningkatkan produktiviti dalam kalangan pekerja," katanya. 

Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) pula menyifatkan cadangan itu tidak sesuai bagi sektor awam. 

Menurut Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda, cadangan itu tidak sesuai kerana rakyat masih memerlukan perkhidmatan awam di luar waktu bekerja. 

Beliau mencadangkan kerajaan untuk mempertimbang peningkatan kadar upah berbanding mengurangkan waktu bekerja seharian untuk meningkatkan motivasi kepada pekerja untuk terus mengamalkan budaya kerja berproduktiviti tinggi. - The Reporter


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.