Umum

Mengadu sakit perut. alangkah tersentak si ibu bila ke hospital mengesahkan anaknya usia 14 tahun mengandung

Kekesalan Tidak Boleh Mengulangi Masa Yang telah ditinggalkan!
14 tahun, sepatutnya berada di dalam tingkatan dua. Tiba tiba di dapati telah mengandung 7 bulan. Terkejut siibu. Anak sulung. Bapa di dalam penjara. Tak tahu nak buat apa. Ibu buat laporan polis. Lelaki itu ditahan reman untuk siasatan. Tamat tempoh reman dilepaskan seketika.

gfdbdf

Kisahnya bermula dari tingkatan 1. Silelaki berada di tingkatan 5, sekolah yang sama. Selepas berkenalan, bertukar nombor telefon. Sering bersms. Balik sekolah pun selalu jalan sama sama. Couple start form 1 you. #

Suatu hari silelaki sms minta tolong belikan makanan. Katanya lapar, dirumah takde makanan. Emak pergi kerja. Tinggal di rumah tu cuma 3 adik beradik lelaki sahaja, emak jarang pulang ke rumah. Nak ke kedai tak ada kenderaan. Pergilah siremaja perempuan menolong silelaki, membelikan makanan dan hantarkan ke rumah dengan menaiki motorsikal. Ingatkan selepas makanan diberi, siremaja perempuan terus mahu pulang ke rumah. Siremaja perempuan tinggal dengan atok, nenek, seorang adik dan ibu. Ibu bekerja.

Lelaki tu mengenakan umpan. Mengajak siremaja perempuan masuk ke dalam rumah, teman makan sambil berbual. Padahal makanan yang dibeli cuma sebungkus saja. Silelaki memujuk, jangan takut, ada adik adik di dalam rumah. Dah sayang. Maka masuklah siremaja perempuan ke dalam rumah menemankan makan. Mula mula memang bersembang di meja makan di ruang dapur. Adik adik silelaki buat hal masing masing di dalam bilik.

Makan sambil bergurau senda, syaitan dan iblis memulakan tarian. Usik mengusik melahirkan berahi dan akhirnya masuk ke bilik. Pujukan lembut membuatkan siremaja cair dan mengizinkan. Siremaja naif akan akibat perbuatan zina. Sebenarnya tak tahu pun itu zina. Ingatkan cuma suatu permainan yang mengasyikkan saja. Tak ada kekesalan apabila selesai permainan tamat. Betul betul ingat, itu cuma mainan. Kali pertama bulan Ogos.

Kali kedua bulan Oktober. Balik sekolah, jalan bersama sama. Sampai di rumah silelaki, silelaki mengajak masuk kerana katanya tidak sihat. Siremaja kasihan, teman masuk ke rumah. Mula mula sembang baik baik, tolong ambilkan air untuk makan ubat. Lepas tu silelaki minta dipicitkan kepala sebab sakit kena panas matahari. Sentuhan jari jemari telah memulakan permainan kali kedua. Masih berbaju sekolah, diruang tamu rumah. Adik adik belum pulang kerana ada kelas tambahan. Tak payah buka uniform, selak terus bermula permainan. Tamat permainan, siremaja pun pulang ke rumah, takut terlewat nanti atok nenek cari.

Kali ketiga, ketika cuti sekolah akhir tahun. Bulan Disember. Bosan lama tinggal di rumah. Tidak kemana mana. Suatu hari merajuk dengan nenek, terus lari keluar rumah. Berjalan menuju ke rumah silelaki. Silelaki telah tamat peperiksaan SPM. Pun bosan di rumah, sedang berkira kira mencari kerja sementara menunggu keputusan SPM. Apabila didatangi oleh siremaja dalam keadaan menangis dan bersedih, hero pun memujuk, konon mahu menenangkan. Ajak masuk ke dalam rumah. Adik adik keluar entah kemana. Orang tengah sedih, disua bahu untuk melepaskan tangisan. Dipeluk agar menjadi tabah dan kuat tapi lain jadinya. Apabila berdua, yang ketiga adalah syaitan.

Permainan ketiga. Agak lama sebab masing bosan dan cuti sekolah. Seronok juga permainan kali ini. Hampir petang baru tamat, dan seremaja sudah hilang rajuk kerana telah diubat oleh silelaki. 3 hari selepas itu persekolahan tahun 2016 bermula. Masuk tingkatan 2 disekolah yang sama. Silelaki telah mendapat pekerjaan. Peluang bertemu tidak ada, masing masing sebuk. Cuma bersms saja lagi. Bulan April si anak mengadu sudah 4 bulan tidak datang haid, emak tidak ambik peduli. Emak kata memang pusingan haid anak tidak teratur. Bulan Julai, si anak mengadu sakit perut dan rasa tidak selesa. Emak membawa ke klinik, doktor kata perubahan hormon remaja membuatkan haid tidak teratur juga. Lagi pun sudah lama tidak datang haid, jadi darah kotor terkumpul.

Perjalanan balik, siemak rasa tidak senang hati. Singgah kedai beli alat menguji kehamilan. Beri pada anak suruh buat ujian air kencing. Esoknya subuh subuh, sianak melakukan ujian, dan didapati ada dua jalur. Sia anak diam, tidak memberitahu sesiapa. Balik sekolah baru dapat jumpa diemak dan bagitahu. Baru siemak menangis nangis kesal. Kesal tidak ambik peduli hal anak sebab fikir ada nenek yang tolong tengokkan. Lagipun siemak tahu anaknya bukan nakal, bukan jenis suka melawan, bukan jenis suka membantah, bukan jenis suka melepak di luar. Kenapa boleh jadi begini?

Selepas tahu siemak keluar mencari jalan keluar dari masalah. Siremaja tinggal di dalam rumah. Mula mula siremaja tidak mahu bagitahu sesiapa pun walaupun nenek sendiri. Tetapi nenek melihat kelainan tingkah siremaja, membuat sinenek syak sesuatu dan bertanya, kenapa bersedih dan menangis. Siremaja tidak mampu menyimpan lebih lama ,makin rahsia makin mneyakitkan. Apabila sinenek tahu kisahnya, kepalanya dihantuk kedinding. 

Apabila lembik tidak berdaya mempertahankan diri, dia pasrah apabila nenek memijak perut dan belakangnya. Dia tidak ada tempat untuk meminta pertolongan. Kesakitan dipijak, mendorong emaknya mengbawa sianak ke hospital bagi menjalankan pemeriksaan Si anak mahu menjaga maruah keluarga. Mahu menutup aib.

3 hari selepas ditahan diwad, pemeriksaan mendapati memang benar positif air kencing. Disahkan mengandung. Hari hari anak menangis kesedihan. Dan emak siremaja mengambil keutusan untuk meletakkan anak di Baitus Solehah.

Duka nestapa tidak menghilangkan rasa takut, malu dan malas. Kekesalan tidak boleh diboleh mengundur masa. Hilanglah kelayakan menduduki kelas tingkatan 2 hingga akhir tahun. Selamat tinggal semua, selamat datang ke Baitus solehah. Moga ada petunjuk jalan jalan kebenaran selepas ini.

Berhati hatilah wahai ibu bapa. Mencari rezeki yang dalam jaminan Allah berpada pada. Jangan anak ter abai di dalam jagaan kita. Hingga mendambakan keseronokkan di luar. Mencari semangat dan kekuatan diluar, bukan dari dalam rumah sendiri.

Berawas-awas wahai remaja, jangan termakan umpan, pujuk rayu lelaki. Lelaki ada berbagai tektik untuk memenuhi nafsu sarakah secara percuma. Dia bukan lelaki yang baik selagi tidak bertaubat dan mentaati perintah Allah.

2 minggu lalu, keadaannya masih bersedih. Ambil masa untuk menyuaikan dengan keadaan persekitaran, ambik masa untuk perubahn suasana, iklim dan persaudaraan. Kini sudah boleh berbual, ada masa senyum dan ada masa menangis. Pengisian rohani menenangkan jiwa resahnya.
Adakah setiap kali selepas berzina, kamu mandi wajib?

Tidak.

Kenapa tidak mandi wajib, adakah tidak tahu mandi wajib?
Saya tahu mandi wajib, tapi saya tak tahu selepas main tu kena mandi wajib.
Adakah kamu tahu itu yang dikatakan zina?
Tak, saya tak tahu itu zina, saya ingat main main saja.
Kamu tahu akibat permainan tu?
Tak.

Betapa naifnya, anak anak yang tidak dibimbing tentang perhubungan seks antara lelaki dan perempuan. Maka sedarlah ibu bapa, betapa penting pendidikan seks dari awal remaja.

Sila share supaya memberi ilmu kepada orang yang kita sayang demi menyelamatkan jiwa jiwa yang kosong


SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @MediaHav0c


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.