KUALA
LUMPUR – Orang awam terkejut apabila menemui seorang bayi perempuan
yang masih bertali pusat di tingkat 12, Putra Suria Residency, Jalan
Jelawat 2, Cheras di sini semalam.
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
Dalam
kejadian pada pukul 2.15 petang itu, bayi tersebut dijumpai masih hidup
dalam keadaan dibaluti dengan sehelai baju sejuk berwarna kelabu di
atas lantai di kawasan berkenaan.
Ketua
Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, bayi
perempuan itu ditemui dengan hanya memakai lampin pakai buang selain
turut bersamanya botol susu, tisu basah, susu tepung dan minyak angin
yang dimasukkan di dalam sebuah beg plastik.

“Bayi
tersebut berada dalam keadaan cukup sifat bersama tali pusat dan kini
dilaporkan selamat. Polis juga telah memaklumkan kejadian itu
kepada pihak kebajikan untuk tindakan lanjut,
“Susulan
kejadian tersebut, polis telah menahan seorang lelaki tempatan berusia
25 tahun bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini
hari ini.
Tambahnya, bayi itu kini dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
Sumber : Kosmo
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @MediaHav0c
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :