Beberapa bulan yang lalu saya bertemu dengan Razzi Yusoff melalui
sahabat baik saya. Dia adalah sebahagian dari jenama tempatan yang
dikenali sebagai Menage (@menage_brand).
Kami berbual sehingga menyentuh hal mengenai kerja-kerja amal dan
peruntukkannya. Beliau berkongsi dengan saya bahawa Menage Brand
memperuntukkan RM10 bagi setiap produk mereka yang dijual untuk
kebajikan.
Saya kagum! Mereka adalah sekumpulan lelaki yang berkongsikan keuntungan
mereka dengan masyarakat yang memerlukan. Menariknya, mereka
menjalankan insiatif yang dinamakan The Provision Weekend di mana mereka
akan mengedarkan barang-barang keperluan harian dan barang-barang
berkaitan kepada gelandangan atau yang memerlukan di setiap hujung
bulan.
Saya mendapati pendekatan yang mereka lakukan itu amat menarik dan
benar-benar memberikan inspirasi. Saya ras seperti, "Wow! Orang baik
seperti mereka ini masih wujud!". Jadi, Sabtu yang lalu, Menage Brand
dan Khayalan Co berkerjasama menjalankan aktiviti bulanan mereka.
Ia merupakan sesuatu yang baru dan memberikan inspirasi kepada saya. Ini
juga adalah pertama kali saya berhadapan dengan golongan yang kurang
bernasib baik. Harian Metro juga membuat liputan untuk The Provision
Weekend kali ini dalam memahami inisiatif untuk membantu mereka yang
memerlukan dengan pandangan yang lebih baik.
Gambar wanita ini? Itulah makcik yang saya hampiri. Dia melihat
kedatangan saya dan melemparkan senyuman dari jauh. Saya membalas
senyumannya dan menyerahkan beg dan berkata beg itu untuk dia.
Ayat pertama yang dia katakan pada saya,
"Adik beli dekat mana beg ini? Cantik," katanya.
Apa yang patut saya respon? Kita semua pakai handbag yang cantik dengan
nama jenama yang tertera di handbag. Tetapi bagi makcik ini, beg Mydin
cantik di matanya. Lalu saya duduk di samping dan bertanya sama ada dia
sudah makan ke belum.
"Belum makan lagi nak," katanya.
Saya buka beg itu dan keluarkan roti untuk dia. Kemudian dia bertanya pula kepada saya.
"Adik, banyaknya, adik ambillah sikit. Adik dah makan ke belum?" soalnya.
"Tak, ini untuk makcik,"
Namun dia masih menolaknya sehinggalah dia mengalah dan mengambil roti
itu. Kami berbual, makcik ini peramah orangnya. Saya berdoa pada Allah
agar makcik ini sentiasa dilindungi Allah.
Sekarang saya telah belajar sesuatu iaitu kita semua datang dari
pelbagai latar belakang. Kekayaan, status, kemasyuhran dan lain-lain itu
semua hanyalah sementara. Hanya kerana mereka yang memerlukan tidak
mempunyai apa yang kita ada, ia tidak membuatkan mereka kurang
berperikemanusiaan. - The Khayalan | PIXEL MEDIA
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @MediaHav0c
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :