Korang Pernah Mimpi Tentang BAYI?? SERAM… Inilah Maksud Jika Selalu MIMPI Bayi !!! | Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Terima kasih admin sebab approvekan sharing saya ni. Saya selalu jadi
tukang baca dalam page ni. Banyak benda saya dapat. Yang baik yang
buruk. Hehe. Mungkin hari ni perkongsian saya boleh jadi manfaat untuk
orang lain. Insyaa Allah.
Saya nak share satu perkongsian yang mungkin ramai pernah hadapi, atau pun ramai yang tak berapa ambil kisah hal ni.
Siapa
pernah mimpi bayi? Sama ada nampak bayi (orang lain tengah dukung),
dukung bayi atau menyusukan bayi dalam mimpi? Kadang-kadang jugak kita
mimpi ada orang nak bagi bayi tu dekat kita? Masa nak dukung tiba-tiba
tersedar dari tidur.
Untuk yang biasa dengan perubatan Islam mesti dah tahu apa sebenarnya maksud mimpi bayi ni.
Untuk yang tak tahu sebenarnya mimpi bayi ni bermakna kita sedang dalam gangguan jin atau lebih tepat sebagai saka.
Untuk yang tak tahu sebenarnya mimpi bayi ni bermakna kita sedang dalam gangguan jin atau lebih tepat sebagai saka.
Tidak
menjadi masalah kalau kita hanya nampak sahaja bayi dalam mimpi.
Maksudnya kita tak sentuh langsung bayi tu dalam mimpi kita. Kalau dah
start dukung tu bermakna kita dah terima saka ataupun jin dah ada masuk
dalam badan.
Pernah
ada sahabat yang mesej saya bertanya pasal gangguan jin ni. Dia kata
dia selalu susah tidur malam. Kadang-kadang dia nampak kelibat lembaga
hitam. Dia selalu mimpi dia sedang menyusukan bayi. Sampai dia rasa
sayang dengan bayi tu. Rupanya dia pernah terima saka dari arwah nenek
dia waktu dia masih kecil. Tanpa dia tahu.
Almarhum
Tuan Guru Haron Din dulu pernah bagitahu bila kita boleh nampak benda
halus, bukan bermakna kita ada kelebihan. Tapi mintalah dengan Allah
supaya sembuhkan kita dari penyakit tu, bila sampai tahap kita boleh
nampak macam-macam benda ghaib bermakna kita sedang dalam sakit. Jangan
berbangga dengan benda-benda macam ni. Kalau boleh cari lah perawat dari
pusat rawatan Islam minta rawat dari penyakit ni. Takut menjadi mudarat
dengan diri kita nanti.
Ada
tak antara teman-teman pembaca yang pernah terima barang kemas warisan
nenek moyang? Ataupun barang-barang yang dibuat dari emas. Selalunya
barang kemas ni nenek moyang kita akan bagi sebelum dia meninggal dunia.
Boleh jadi masa tu lah saka tu diwarisi. Kita terima barang kemas tu
bermakna kita sedang warisi saka dari nenek-nenek kita tanpa sedar. Ada
jugak kawan saya pernah tanya pasal gangguan yang dia alami. Bila saya
tanya lebih lanjut rupanya dia pernah terima barang kemas (emas) dari
arwah nenek dia beberapa minggu sebelum nenek dia meninggal. Bila saya
bertanya baru dia sedar rupanya gangguan yang dia alami bermula selepas
dia terima barang kemas yang nenek dia beri kepada dia.
Orang
yang ada saka ni, selagi dia tak wariskan saka dia tu pada orang lain
dia memang akan susah nak meninggal dunia. Mungkin dia dah meninggal
tapi saka tu masih akan tetap hidup dalam badan dia. Menyebabkan dia
nampak masih hidup pada waktu tu. Arwah atuk saya, beberapa hari sebelum
dia meninggal rupa dia dah lain dah. Waktu tu kami sekeluarga jumpa dia
dekat emergency room. Saya cuba pegang tangan atuk saya, lepas tu saya
tengok muka dia dah macam bukan rupa atuk saya. Mungkin cuma perasaan
saya je waktu tu. Tapi lepas beberapa hari, bila atuk meninggal baru lah
nampak muka atuk yang kami kenal selama ni. Sebelum tu memang nampak
lain. Saya memang tahu atuk ada saka. Mungkin saka tu dah diterima orang
lain dah. Tapi tak tahulah siapa yang terima. Lepas tu atuk pun pergi
jauh tinggalkan kami semua.
Dulu,
saya selalu mimpi benda tak baik. Pernah beberapa kali saya mimpi orang
bagi benda dalam plastik hitam. Orang dalam mimpi tu perempuan rambut
panjang. Pernah sekali saya terima plastik tu, bila saya buka isi dalam
plastik tu daging mentah. Esoknya bila bangun dari tidur seluruh
keluarga sakit. Rupanya mimpi tu petunjuk sihir yang dihantar dekat
keluarga kami. Ada yang kata best dapat mimpi petunjuk macam ni, tapi
sebenarnya tak best pun. Dalam mimpi macam-macam benda saya nampak. Dan
saya tak suka tengok benda tu dalam mimpi saya. Saya tak suka mimpi
benda-benda yang menakutkan. Saya tak suka dengan perempuan yang saya
nampak dalam mimpi saya. Saya selalu tak dapat tidur lena bila dah mula
mimpi maca tu. Alhamdulillah sekarang saya dah tak mimpi buruk-buruk
dah. Saya selalu minta dekat Allah saya tak mahu mimpi macam tu lagi.
Sebenarnya
nak cakap, benda mimpi bukan semua mainan tidur. Tapi kalau dah kita
asyik mimpi benda yang sama maknanya ada lah maksud mimpi tu yang
sebenar. Saya bukanlah arif sangat dalam benda ni. Saya cuba belajar,
kadang-kadang saya baca. Dengar ceramah pasal SAKA dan SIHIR ni.
Sekiranya ada mana-mana bahagian dalam cerita saya ni yang salah, mohon
sesiapa tolong betulkan.
Apa
yang saya share bukan bermaksud saya berlagak pandai dalam bab ni, tapi
saya nak share pengalaman saya yang mungkin ada sebahagian pembaca
alami jugak. Mungkin ada yang alami benda sama tapi tak tahu benda ni
jadi sebab apa. Mana tahu ada yang nak share cerita sendiri. Boleh jugak
tambah apa yang saya dan teman pembaca yang lain tak tahu. Boleh
sama-sama tambah ilmu. Sebab bab sihir ni boleh jadi isu hidup dan mati.
Saya dah puas dengar cerita orang meninggal sebab sihir. Saya dah puas
tengok macam mana teruknya kesan sihir ni dekat keluarga orang lain.
Sihir ni teruk macam mana pun insyaa Allah ada jalan sembuhnya.
Saya
pernah nampak dengan mata kepala saya sendiri seorang budak yang satu
badan penuh dengan kudis, tak mampu berjalan dah nak berdiri pun dah tak
boleh. Dalam tempoh beberapa tahun dia sihat alhamdulillah lepas
bertahun-tahun berubat dengan Darussyifa’. Saya sendiri nampak macam
mana dia berubah, dari pertama kali dia datang didukung ayah dia dan
bila dia sihat mampu berjalan dengan baik tanpa perlu didukung lagi.
Kulit dia pun dah pulih walaupun masih ada parut yang tinggal tapi lebih
baik dari kudis-kudis yang pernah ada dekat seluruh badan dia dulu.
Macam
makin lama makin panjang lah pulak cerita saya ni. Hehehe. Insyaa Allah
ada kesempatan lain hari saya share cerita lain pulak. Terima kasih
semua yang dah membaca. Selamat berkongsi ilmu ^^
Assalamualaikum.
Sumber : Cik Saudari
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :