Sensasi

Kenapa McD Jual Burger Murah Berbanding Burger Lokal? Ini Jawapannya

Gambar hiasan | Google Images

Apabila buat bisnes, kita bukan melihat pada keuntungan. Kita lihat pada growth. 
  • Untung banyak tapi putaran duit slow tak bagus juga.
  • Biar untung kecil tetapi pergerakan barangnya laju.
Kenapa bisnes seperti McDonald's boleh menjual burger dengan harga RM4.90 dan kenapa burger bakar kena jual RM8.90? 

Sebab McDonald's tahu rate orang beli burger ini adalah RM5. ke bawah. Jika mereka menjual burger RM8 ke atas, orang mungkin akan datang beli tetapi hanya sekali sahaja. Selepas itu, orang tak akan datang lagi. 

Sebab itu McDonald's melihat yang penting ialah, biar orang datang membeli burger hari-hari, biar mereka mendapat untung setiap hari. 

Sebab itu kita lihat, ramai peniaga Burger Lava, Burger Kukus susah nak bertahan dalam market kerana mungkin meletakkan keuntungan sebagai nombor satu. Mereka mendapat untung tetapi sebulan sekali atau setahun sekali. Sebab bila orang dapat gaji, baru mereka datang makan. 

Berbeza dengan burger McDOnald's, boleh dikatakan orang sudah menjadikan ia sebagai sarapan setiap pagi sebelum masuk pejabat kerana produknya adalah antara yang termurah. - Sofwan Sharifuddin | The Reporter


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.