Perkahwinan
bukan “lesen” untuk wanita membuka aurat di depan keluarga mertuanya.
Walaupun mertua sudah menjadi mahram, itu tak bermakna anda boleh
menampakkan aurat sesuka hati bila bersama keluarga baru.
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (QS An-Nuur 24:31)
Bagaimana pula dengan aurat wanita bila bersama dengan keluarga suami?
Rasulullah SAW pernah ditanya tentang perkara ini dan Baginda menjawab, “keluarga suami lagi musibah (mati)”
Imam
Nawawi menjelaskan bahawa ahli ilmu sepakat mengatakan bahawa “Hamwu
atau Ahma” adalah saudara mara suami seperti ayah, bapa saudaranya,
saudara kandung, anak saudara, sepupunya dan sebagainya. Tegas beliau,
maksud hadis ini adalah saudara-mara lelakinya kecuali bapa dan anak
suami (kerana mereka dikira sebagai mahram bagi isteri) jadi mereka
tidak boleh dipanggil sebagai musibah (mati). Menurut beliau, ramai
orang mengambil mudha hal ini, hingga seorang isteri boleh dibiarkan
berseorangan dengan abang atau adik lelaki suaminya. Ini merupakan salah
satu contoh situasi yang dianggap bermusibah sebab ia adalah situasi
yang boleh menimbulkan fitnah yang dilarang.
Menayangkan aurat perempuan bukan mahram dan perhiasannya yang tersembunyi kepada lelaki ajnabi
Allah
SWT berfirman yang maksudnya, “Jangan kaum wanita memperlihatkan
perhiasa tubuh mereka kecuali yang zahor daripadanya”. Perbuatan
mendedahkan auray dan menimbulkan nafsu lelaki selaind aripada suami
sendiri sudah pasti satu dosa dan perbuatan yang dibenci Allah SWT.
Pada
asasnya, harus atau haram melihat anggota seseorang adalah bergantung
pada sama ada ia boleh mendatangkan fitnah, membangkitkan syahwat atau
tidak. Jadi lelaki yang tak dapat mengawal nafsunya tidak harus
emmandang muka wanita yang bukan mahramnya walaupun muka itu bukan
aurat. Dia juga haram melihat wajah lelaki tampan atau lelaki lembut
jika itu boleh menaikkan nafsunya.
Sebahagian
besar ulama berpendapat bahagian yang harus dilihat sesama mahram
adalah anggota yang biasa terdedah ketika bekerja atau pakaian yang
biasa dipakai ketika berada di rumah. Mereka menyebut beberapa anggota
seperti muka, kepala, leher, dua tangan hingga siku dan dua kaki hingga
ke lutut. Selain daripada anggota tersebut, tak harus dilihat kerana tak
ada keperluan untuk membukanya.Namun, dalam Islam ada beberapa keadaan
di mana masyarakat Islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada
orang-orang yang tertentu.
Perintah
tutup aurat difirmankan Allah SWT. “Dan hendaklah kamu tetap diam di
rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan
oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta
berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya
Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak
menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – wahai
“AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala
perkara yang keji).” (QS Al-Ahzaab 33:33)
Penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan zakat, solat, dan perintah-perintah yang lain.
Penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan zakat, solat, dan perintah-perintah yang lain.
Islam
telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita. Aurat asas
pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. manakala aurat wanita
pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Oleh
itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan dapat menutup nafsu
sesama kita. Pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram
adalah pakaian yang lengkap dan labuh.
KLIK >>>> VIDEO
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
![Cite Heboh](https://s31.postimg.org/fpiytz9ff/cite_heboh_3.png)
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI
![Citer Heboh](https://s16.postimg.org/ixlexvw3p/citeheboh1.png)
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :