pada19 Jun1990 berlaku pula kemalangan yang melibatkan penyanyiAzmeer(kini pencipta lagu) danRamlah Ram. Kereta yang mereka naiki bersama ketika itu dipandu oleh sepupu Ramlah yang bernamaHamdan Harun.
Mereka bertiga dalam perjalanan untuk keluar makan apabila kemalangan
itu berlaku di Jalan Damansara, Kuala Lumpur pada pukul 11.30 malam.
Akibat kemalangan tersebut, Azmeer yang duduk di kerusi penumpang
bahagian depancedera seriusdi bahagian muka danmatakanannya dimasuki kaca, manakala Ramlah dan Hamdan sekadar cedera ringan.
Azmeer dibawa ke wad kecemasanHospital Universitipada pukul 12.33 tengah malam. “Menurut
keterangan yang dikeluarkan oleh Pengarah Hospital Universiti, Dr.
Gurmukh Singh, bahagian muka Azmeer dipenuhi kaca ketika dibawa ke wad
kecemasan hospital tersebut“. Pada awal pagi20 Junitu Azmeer terus menjalanipembedahanpertama
yang tamat pada pukul 3.30 pagi. Pada petang hari yang sama keluarga
Azmeer yang berasal dari Singapura telah mendapat kebenaran daripada
Hospital Universiti untuk memindahkan Azmeer keHospital Besar Singapura.
Azmeer dibawa keluar dari Hospital Universiti dengan kawalan rapi oleh
ahli keluarganya yang menghalang para jurugambar daripada merakamkan
wajah Azmeer secara dekat. Untuk pengetahuan, kemalangan tersebut
bukanlah yang pertama buat Azmeer kerana beliau “pernah terlibat dalam satu kemalangan hingga mengakibatkan tangan kirinya cacat“
SUKAKAN ARTIKEL INI?
SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK
@MediaHav0c
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK
@CiteHeboh
Share Artikel Ini :