Setelah selesai melangsungkan majlis pernikahan pada tengahari semalam, pasangan Aliff Aziz dan Bella Astilla meneruskan majlis resepsi mereka pada sebelah malam pula yang diadakan dengan cukup meriah di di Menara Top Glove, Setia Alam. Pasangan bahagia itu turut diraikan dengan kira-kira 1,000 tetamu yang hadir menyaksikan hari bahagia mereka.
Baca artikel penuh
Majlis resepsi yang bertemakan English Royalty itu kelihatan begitu mewah sekali apabila Aliff hadir lengkap memakai sut berwarna biru seperti orang kenamaan, manakala Bella pula kelihatan begitu anggun sekali mengenakan gaun putih bak puteri. Manakala dekorasi pelamin pula cantik sekali dipenuhi dengan bunga berwarna putih dan hiasan lain yang berwarna emas.
“Sebenarnya
macam tidak percaya sudah bergelar suami orang, sebab masih sibuk
dengan urusan resepsi kami pula. Buat masa ini saya tidak merancang
untuk mengadakan majlis di Singapura. Tetapi akan membawa pulang isteri
saya ke sana untuk bertemu dengan keluarga,” katanya kepada Utusan Online berhubung dengan perancangan mereka selepas berkahwin.
Terdahulu,
Aliff dan juga isterinya Bella telah selamat diijabkabulkan dalam satu
majlis pernikahan yang diadakan Grand Nikah Hall, Plaza Jelutong, Shah
Alam semalam. Pada majlis itu pengantin perempuan telah menerima mas
kahwin RM333 dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan. Sementara itu,
diatas persetujuan bersama, jumlah wang hantaran mereka dirahsiakan. (rkty/w)
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
![Cite Heboh](https://s31.postimg.org/fpiytz9ff/cite_heboh_3.png)
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI
![Citer Heboh](https://s16.postimg.org/ixlexvw3p/citeheboh1.png)
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :