Sensasi

Eksklusif selepas berdiam diri semalam, kenyataan balas dan bukti yang jelas gelaran doktor azizan osman

azizan-osman.jpg
Perkara ini mungkin satu kejutan terhebat 2016 kepada seluruh negara terutama pengikut pakar motivasi keusahawanan terkenal apabila sebuah universiti terkemuka tempatan menafikan dakwaan pernah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada Dr Azizan Osman.
Dalam kenyataan Semalam, Universiti Malaya (UM) menjelaskan dakwaan bahawa status yang membawa gelaran Doktor tersebut yang konon pernah dianugerahkan kepada Azizan adalah tidak betul dan palsu semata-mata.


Pihak universiti dengan ini menegaskan bahawa kami tidak pernah menganugerahkan gelaran Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada Encik Azizan Osman, katanya dalam kenyataan media yang telah viral semalam.
Menurut UM, penjelasan tersebut diharap dapat menjawab segala kekeliruan yang timbul dan tanda tanya dalam kalangan masyarakat berhubung status Doktor diguna pakai oleh pakar berkenaan selama ini.
berikutan tersebut, Syarikat yang diterajui Azizan Osman, Richworks International Sdn Bhd mengeluarkan satu kenyataan balas berhubung penafian UM tersebut.
presws.png
Dalam kenyataan berikut, Pihak Richworks mengambil perkara ini secara serius dan akan mendapatkan penjelasan daripada Azizan Osman sendiri perhubung perkara tersebut. Setelah segala proses ini selesai, satu kenyataan umum akan dikeluarkan kepada media.
Sumber: karya-ujang


SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.