Sensasi

'Cerai, Itulah Pilihan Terakhir, Abah & Mak Sudah Tidak Serasi'


Satu hari, saya bersembang bersama-sama dengan anak perempuan saya.

"Abah nak tahu tak, masa kecil-kecil dulu satu perkara yang paling saya tkaut sekali ialah bila abah dan mak selalu bergadung dan hampir-hampir nak bercerai. Tetapi saya bersyukur sangat kerana perkara itu tidak terjadi sehingga ke hari ini," katanya.

Saya hanya tersenyum sahaja, teringat seketika tentang kisah lama. 

Bila saya mengimbau kembali pengalaman lampau itu, saya rasa ada baiknya saya kongsikan bersama dengan anak perempuan saya ini. Semoga ia boleh menjadi pengajaran kepada mereka nanti. 

Dulu, abah berkahwin dengan mak engkau atas dasar suka sama suka. Tetapi abah sendiri tak berapa pasti apa yang membuatkan abah suka pada mak engkau. Tetapi apa yang abah tahu, semakin lama masa berlalu, semakin banyak perkara yang kami tidak sefahaman. Adakalanya nak buat keputusan untuk makan di mana pun boleh menjadi punca pergaduhan. Semakin lama, perbezaan semakin ketara. Silap sikit, mak engkau merajuk berhari-hari atau adakalanya abah yang naik angin sendiri. Kadang-kadang sampai baling barang ke sana sini. 

Abah tahu, anak-anak semua menjadi takut pada abah tetapi abah rasa mak engkau yang selalu buat perkara yang abah tak suka. Pergaduhan kami menjadi semakin kerap dan berlarutan bertahun-tahun. Masing-masing tak boleh salah sikit, kedua-duanya nak melenting, tidur pun kadang-kadang berasingan. Kami rasa perkahwinan ini sudah menjadi semakin mustahil untuk diselamatkan. Penyelesaian yang mampu difikirkan ialah, penceraian sahaja. Namun niat itu terhalang apabila memikirkan tentang anak-anak. Abah menjadi sebak dan seringkali cuba membuang niat untuk bercerai. 

Satu hari, abah kerja outstation. Dalam perjalanan, abah cuba menelefon mak engkau untuk bertanya khabar. Entah bagaimana panggilan telefon itu berakhir dengan pertengkaran. Mak engkau hempas telefon membuatkan abah benar-benar kecewa, berputus asa, rasa keseorangan, marah dan abah menjerit seorang-seorang dalam kereta. Pada waktu itu juga, abah dah rasa kesabaran diri sudah mencapai hadnya. 

Malam itu, abah tidur di sebuah hotel bajet, tetapi mata tak dapat lelap. Sakit hati terhadap mak engkau masih membuak-buak tahap maksima. Jam menunjukkan pukul dua pagi, mata masih tak boleh lelap. Nak call mak engkau semula seperti mana yang abah selalu buat sebab abah selalu mengalah akhirnya, rasanya tidak untuk kali ini. Kali ini, abah nekad, apa nak terjadi, jadilah. Abah sudah tidak sanggup hidup bersama mak engkau lagi yang kepala batu, kuat merajuk, sombong, tidak pernah mahu menjaga hati suami, buat perkara yang suami tak suka, tak dengar nasihat, suka melawan, tak jaga makan minum abah dan tidak mahu berubah menjadi isteri yang baik. 

Dalam keadaan yang tidak keruan itu, abah tidak sedar bila masanya abah bangkit dan ambil sejadah, solat di tengah-tengah malam. Inilah jalan terakhir, abah berdoa dan mengadu pada Tuhan. Itulah malam yang abah tak boleh lupa sehingga ke hari ini. 

Abah mengadu bahawa berkahwin dengan mak engkau adalah satu kesilapan dan abah sudah tidak mahu meneruskannya lagi. Memang abah benci dan menderita dengan perkataan cerai, apa lagi bila terbayang muka anak-anak tetapi meneruskan hidup dengan mak engkau adalah satu penderitaan. Tetapi semakin lama abah berdoa dan mengadu kepada Tuhan, tiba-tiba abah mula keliru. Abah rasa abah orang baik, abah selalu betul dan mak engkau pula bukanlah orang jahat. Dia tidak pernah menduakan abah. Dalam hidup dia pun bukannya ada orang lain. Hanya abah sahaja tetapi kenapa perkahwinan kami tidak bahagia? Kenapa banyak sangat perbezaan pendapat? Kenapa dia tidak mahu berubah mengikut kata abah? 

Akhirnya suatu keajaiban berlaku. Dalam keadaan air mata masih berlinangan di pipi abah, dalam keadaan yang sudah berputus asa dengan hubungan kami, tiba-tiba terasa seperti ada sesuatu yang memaksa masuk dalam fikiran. Abah seperti mendapat kekuatan bercakap dengan diri abah sendiri. 

"Jika saya tak boleh nak mengubah isteri, saya hanya boleh mengubah diri saya sendiri,"

Abah pun berdoa, "Ya Allah, jika memang benar aku tidak boleh mengubah isteriku ini, tolonglah ubah diriku pula. Bantulah aku ya Allah..."

Keesokkannya, abah naik kereta dan memulakan perjalan pulang ke rumah sebab kerja outstation pun sudah habis. Sampai saja di rumah, anak-anak riang gembira menyambut abah balik tetapi mak engkau bergegas pergi ke dapur melakukan kerja-kerjanya. Dia langsung tidak bersalam dengan abah apatah lagi bercakap dengan abah pada hari itu.

Malam itu, abah tidur. Tetapi mak engkau beri belakang badan saja pada abah. Bila abah dah rasa mak engkau benar-benar tidur, abah selimutkan dia. Tiba-tiba dia terjaga dan buang selimut itu. Abah tersenyum sahaja. 

Esok pagi, abah datang dekat pada dia, bagi salam dan tanya.

"Saya nak tanya awak. Apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"
Mak engkau merenung abah dengan wajah yang marah dan merajuk.

"Cakap apa ni?!" 

"Saya nak tanya awak. Apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"

"Awak memang tak boleh, dah bertahun-tahun awak. Kenapa awak tanya ni?"

"Saya benar-benar ingin berubah kali ini. Saya benar-benar ingin tahu apa yang saya boleh buat supaya awak bahagia." balas abah.

Mak engkau menjeling sinis, "Ha! Kalau awak betul-betul nak buat, tu, pergilah cuci baju, basuh pinggan mangkuk di dapur tu,"

Waktu itu, mesti mak engkau menjangkakan abah akan mengamuk lagi seperti biasa. Tetapi abah hanya senyum dan mengangguk sahaja. Abah pergi ke dapur, cuci pinggan, ambil semua pakaian, masukkan dalam washing machine, tunggu sampai kering dan disidai di ampaian. Bila siap, barulah abah bersiap-siap untuk pergi kerja. 

Seperti biasa mak engkau merajuk. Jangan harap apa-apa sarapan pagi yang ada. Tetapi kali ini abah tak kisah. Bila dah siap, abah cium kepala mak engkau dan terus pergi kerja.

Keesokkan pagi, abah mengulangi perkara yang sama. Pagi-pagi lagi abah sudah bangun, beri salam pada mak engkau dan tanya dia. 

"Saya nak tanya awak. Apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"

Mata mak engkau masih pandang ke tempat lain.

"Nak sangat buat, buatlah sarapan pagi untuk anak-anak," jawabnya.

Abah tarik nafas dalam-dalam. Mak engkau tahu yang abah tengah kalut nak pergi kerja dan abah rasa dia sengaja nak tengok abah mengamuk lagi. Tetapi kali ini abah hanya senyum dan mengangguk sahaja. Abah terus pergi ke dapur untuk buatkan sarapan roti bakar, telur goreng, air kopi panas. Semuanya abah letak di bawah tudung saji. Selepas itu, abah sendiri tak makan dan abah bersiap pergi kerja sebab sudah lewat. Sebelum pergi, abah cium kepala mak engkau dan terus pergi kerja. 

Keesokkannya, abah bangun awal dan kejutkan mak engkau. Beri salam dan tanya soalan yang sama.

"Saya nak tanya awak. Apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"

"Tiada apa awak. Tiadaapa yang awak boleh buat pun. Saya minta maaf. Hati saya sudah terlalu sakit dan tolong jangan tanya soalan itu lagi. Tetapi kenapa awak buat semua ini? soalnya. 

"Saya sudah berjanji pada diri awak snediri, mulai hari ini sehingga ke akhir nyawa, saya akan berusaha untuk membuat perkara yang baik, yang boleh membahagikan awak." jawab abah.

Mak engkau terdiam, matanya memandang ke tempat lain. Tetapi abah perasan, ada manik jernih di matanya. Bila abah berlalu kerana mahu bersiap pergi kerja, abah perasan dia lap air mata. 

Keesokkan harinya, seperti biasa, abah tanyakan soalan yang sama pada mak engkau sehinggalah pada minggu kedua, ada satu keajaban terjadi. 

Satu pagi itu seperti biasa, abang akan tanya soalan yang sama pada mak engkau. Tiba-tiba mak engkau menangis dan peluk kaki abah. 

"Tolonglah jangan tanya saya soalan itu lagi. Awak bukan masalahnya. Sebenarnya saya yang bersamalah. Saya keras hati, tak tahu kenapa awak boleh tahan hidup dengan saya, mak. 

Perlahan-lahan abah angkat dagu mak dan kata,

"Kerana awak penting dalam hidup saya. Kerana awak ibu kepada anak-anak saya. Kerana awak teman saya sebelum ini. Kerana awak tidak pernah meninggalkan saya walau bagaimanapun pertengkaran kita sekali pun. Kerana saya mahu selamatkan perkahwinan kita dan akhir sekali saya sayangkan awak.

"Jadi, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?" soal ayah sekali lagi.

"Patutnya saya yang tanya soalan itu." kata mak engkau. 

"Awak memang patut tanya tetapi bukan hari ini kerana saya yang perlu diubah dan berubah. Saya nak awak tahu betapa bermaknanya diri awak dalam kehidupan saya. Saya sayang awak sangat. Jadi apa saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"

"Boleh kita spend masa berdua-dua, bercuti? Kita tinggalkan budak-budak di rumah atok mereka," mak kau cadangkan. 

"Cadangan yang baik, jom kita plan hari ini kita nak pergi mana?" 

Saya terus melakukan perkara yang sama selama lebih dua bulan dan keadaan berubah perlahan-lahan. Tiada lagi pertengkaran, mak engkau pun sudah pandai tanya soalan yang sama pada abah. 

"Apa yang awak nak dari saya? Macam mana saya boleh menjadi isteri yang lebih baik?" 

Dinding yang memisahkan kami selama ini telah runtuh. Kehidupan mak dan abah lebih bahagia. Kadang-kadang masih juga terjadi pertengkaran tetpai cara pertengkaran tersebut jauh berbeza. Kami berselisihan faham sahaja, tidak lagi bertengkar sehingga menyakitkan hati masing-masing. 

Abah dan mak sudah kahwin lebih dari 30 tahun. Abah bukan saja sayang mak engkau, abah suka dia, perlukan dia. Banyak perbezaan pendapat abah lihat ia mejadi kekuatan dalam kehidupan kami. Selebihnya abah sudah tidak kisah. Abah telah belajar bagaimana mengambil berat antara satu sama lain dan yang paling penting, kami mendapat kekuatan untuk buat perkara itu.

Perkahwinan adalah sesuatu yang sukar nak, tetapi mendapat teman di dalam hidup merupakan satu anugerah besar daripada Tuhan. Sering bertanya apa yang boleh saya lakukan untuk menjaga anugerah ini. - Facebook | The Reporter


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.