KUALA
LUMPUR – Gara-gara wang hantaran tidak cukup seribu, seorang lelaki
menceraikan isterinya selepas setengah jam melangsungkan pernikahan.
Insiden
itu berlaku selepas hantaran yang diletakkan keluarga pengantin
perempuan sejumlah RM22,222.22, didakwa tidak dapat disediakan oleh
pengantin lelaki.
“Hantaran
kahwin mak ayah perempuan ni letak, mahal gila, tapi si laki ni setuju.
Aku tengok pun lelaki ini bukan calang-calang orang.
“Hari
akad nikah, gembira sahaja dua-dua belah pihak. Pengantin muka dah tak
saba mengawan. Ye la, musim hujan masa tu. Tok kadi sampai, maka
berlangsung la acara akad nikah dan selamba dengan senafas sahaja si
lelaki lafazkan akad. Hantaran pun bertukar tangan begitu gak ngan mas
kahwin. Masa lelaki tu nak baca lafas takliq, tiba-tiba saudara dari
pihak perempuan bising duit hantaran tak cukup
seribu,”tulis jurugambar, Boii Amani Hashim yang memuat naik status
perkongsian di Facebooknya, beberapa jam lalu.
Tambah Boii Amani, pengantin perempuan terus sahaja bangun dari tempat duduknya.
“Tinggikan
suara kat pengantin laki bertanyakan pasal ape tak cukup seribu…siap
pihak pompuan perli-perli ‘dah tau tak cukup duit tapi gatal sangat nak
kahwin tu kenapa?’ (jeritnya).
“Yang
pengantin lelaki walaupun mata berkaca, dia senyum saja. Dia amik ‘mic’
pastu dia cakap, baru jadi isteri tak sampai setengah jam dah camni.
Saje saya tak cukupkan seribu sebab nak tengok kamu macam mana. Ni ada
saya bawa wang yang tak cukup tu, (sambil buka beg yang berkepuk-kepuk
duit 50 dan 100). Tak apa la…alang-alang semua ada kat sini, boleh jadi
saksi saya. Saya ceraikan awak dengan talak tiga,” tulis Boii yang turut
menceritakan lelaki itu terus beredar daripada majlis tersebut.
Tinjauan
SuaraTV mendapati, ramai yang mengecam tindakan pengantin perempuan dan
ahli keluarga yang mengenakan wang hantaran yang tinggi.
Ada
juga yang berpendapat, keluarga pengantin perempuan tidak boleh
keterlaluan dan mementingkan wang ringgit semata-mata hanya kerana ingin
mengahwinkan anak mereka.
Ada juga menyifatkan di zaman ini, tindakan ibu bapa sama seperti ingin meniagakan anak perempuan mereka.
Arini Suhaimi berkata, “Pelik la, arwah Tok Guru Nik Aziz pun ambik seribu je. Itu anak tok guru!,”tulisnya.
“Ingat dia bangun nak ‘back up’ si laki. Awak dapat apa yang awak buat. Puas hati aku,” ujar Elinda Hashim.
Manakala
Awin berkata, “Pengantin perempuan jangan terlalu tamak, nak caj
mahal-mahal. Keluarga perempuan jangan macam niaga anak!,”katanya.
Zanzolees berkata, “Zaman ke zaman manusia bertindak seperti binatang. Tamak haloba!,”tulisnya.
Terdahulu, sebuah video mengenai satu majlis pernikahan bertukar kecoh apabila wang hantaran tidak mencukupi.
Kejadian
dikatakan berlaku pada Sabtu lalu di Masjid Jamek Al Khadijah dekat
Pantai Dalam itu bertukar kecoh apabila berlaku kejadian maki hamun dan
pergaduhan melibatkan kedua belah pihak.
Susulan itu, saudara pengantin perempuan tampil memberi penjelasan menerusi kejadian yang berlaku.
Terbaharu, pengantin lelaki turut tampil membuat penjelasan berhubung insiden tersebut.-SuaraTV
credit :beliabaru
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :