Sesungguhnya, perkahwinan yang dipermudahkan akan menerima banyak kebaikannya. Usah dipedulikan mulut orang yang suka mengata. Yang penting, perkahwinan kita, kita yang lalui dan jaga.
Seperti kisah pasangan ini, yang berlainan taraf pendidikannya. Namun, mampu mengecapi kebahagiaan dan kesenangan hanya kerana mereka memilih untuk memudahkan segala urusan perkahwinan.
Saja nak cerita tentang kisah saya dan suami. Saya dan suami sudah kenal lama sebelum kahwin. Saya ada degree, suami pula hanya belajar setakat PMR sahaja.
Masa nak kahwin dulu, ayah letak hantaran RM12,000. Sampai masa nak kahwin, memang saya tak ada duit langsung dan bermacam-macam masalah yang dihadapi serta kerja tidak menentu.
Melihat keadaannya begitu, saya menjadi was-was nak berkahwin dengan dia sebab terfikir pula apakah dia boleh menanggung saya kelak dengan dirinya tiada duit langsung?
Suami datang dari broken family, jadi perihal dia mahu berkahwin tiada seorang pun ambil tahu sangat.
"Nak buat macam mana kalau dia dah tak ada duit?" kata mak.
"Terima sajalah berapa yang bakal suami kamu nak bagi," kata ayah.
Masa bertunang saja letak RM12,000. Padahal dia tak kisah pun. Hari perkahwinan pula, suami hanya bawa mas kahwin RM22.50 sahaja. Kos kenduri semua saya tanggung.
Namun selepas kahwin, rezeki datang mencurah-curah. Semua perbelanjaan rumah ditanggung oleh suami. Suami tak pernah pun bertanya tentang duit gaji saya berapa dan saya buat apa dengannya.
Saya sangat bersyukur walaupun masa kahwin dulu fikir macam-macam. Mak juga selalu berkata,
"Kalau kita memudahkan orang, Allah akan memudahkan urusan kita," katanya.
Suami saya sangat baik dan bertanggungjawab. Minta semua doakan perkahwinan kami kekal selamanya. - KRT | The Reporter
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :