PEMUDA yang pernah dilaporkan BH sebagai Hafiz yang dikatakan bakal mendirikan rumah tangga bersama Fara Fauzana.
KUALA
LUMPUR: Pemuda yang sepatutnya berkahwin dengan Fara Fauzana pada 17
September ini, Mohamed Hafiz, akan membuat kenyataan berhubung
pembatalan perkahwinannya dengan personaliti radio dan televisyen itu
dalam masa terdekat.
Hafiz ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan media yang dikeluarkan Fara petang tadi.
"Setakat
ini, saya tidak ada sebarang komen. Tunggulah sehari dua nanti. Saya
pun baru tahu mengenai kenyataan media itu daripada pemberita yang
menghubungi saya," katanya.
Dalam pada itu, Hafiz berkata, selama ini beliau tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan atas sebab peribadi.
Sebelum
ini, identiti lelaki terbabit menjadi persoalan apabila Fara hanya
memperkenalkannya dengan nama Hafiz, tanpa memberikan maklumat lanjut
mengenai dirinya.
Ia
juga kenyataan pertama daripada pemuda itu, sejak Fara mengadakan
sidang akhbar mengenai perancangan perkahwinan dirinya pada 1 Ogos lalu.
Sebentar
tadi, Fara atau nama penuhnya Fara Fauzana Mohd Fadzli, 36, memaklumkan
perkahwinan beliau dengan jejaka bernama Hafiz yang sepatutnya
berlangsung pada 17 September ini dibatalkan.
Menerusi
kenyataan media yang dikirimkan kepada BH Online, Fara berkata,
keputusan itu dibuat atas beberapa sebab peribadi yang sukar untuk
dikongsikan dengan umum.
Tambah
Fara, keputusan itu juga dibuat selepas memikirkan perkara itu
sebaik-baiknya, selain membincangkan hal berkenaan bersama kedua-dua
orang tuanya.
Baca kenyataan dari Fara Fauzana: http://www.citeheboh.com/2016/09/fara-fauzana-batal-pernikahan-ini_4.html
Baca kenyataan dari Fara Fauzana: http://www.citeheboh.com/2016/09/fara-fauzana-batal-pernikahan-ini_4.html
LAYARI
![Cite Heboh](https://s31.postimg.org/fpiytz9ff/cite_heboh_3.png)
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @MediaHav0c
LAYARI
![Citer Heboh](https://s16.postimg.org/ixlexvw3p/citeheboh1.png)
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :