KUALA LUMPUR - Seorang penjawat awam lelaki yang menendang seorang wanita berhampiran stesen KTM Bank Negara, dua bulan lalu, mengaku bersalah bagi kesalahan yang sama, hari ini, lapor Harian Metro.
Artikel berkaitan: Dia Kata 'Terlanggar' Saja
Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid, menjatuhkan hukuman penjara selama tiga bulan terhadap Marmi Zabrin Mian, 33, yang juga merupakan kerani di Kementerian Pertahanan, kerana menendang belakang mangsa, Shakira Mohd Khalid, 28, Setiausaha Bukit Aman, tanpa sebab.
Marmi sebelum ini menendang belakang seorang kakitangan wanita Bank Negara di laluan pejalan kaki berhampiran bangunan Bank Negara. Perbuatannya itu dirakam kamera litar tertutup dan dimuat naik ke media sosial, mencetuskan kemarahan orang ramai.
Dalam kejadian terbaru, Marmi melakukan perbuatan yagn sama di terowong pejalan kaki di Jalan Cenderasari ke Dayabumi, pada jam 5.30 petang, Selasa lalu.
Marmi didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun dan denda, jika disabit kesalahan.
Marmi yang tidak diwakili peguam itu bagaimanapun merayu pada mahkamah untuk mengurangkan hukumannya kerana dirinya 'penjawat awam'.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar, menggesa mahkamah mengenakan hukuman penjara kerana tertuduh sekali lagi melakukan kesalahan yang sama dan "Kamu tidak boleh menendang orang sesuka hati tanpa sebab". - The Reporter
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :