Foto - Aysraf Hamzah |
KUALA LUMPUR - Seorang wanita maut, selepas kereta yang dipandunya itu dihempap oleh cangkuk kren pembinaan di Jalan Raja Chulan, berdekatan Pavilion, lapor Harian Metro.
Dalam kejadian jam 7 malam tadi, cangkuk kren tersebut terjatuh lalu menghempap kereta itu menyebabkan mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.
Pihak Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 7.31 malam dan sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Bomba terpaksa menggunakan peralatan hidraulik untuk mengeluarkan mangsa berikutan kereta mangsa remuk teruk dihempap cangkuk kren tersebut.
Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. - PIXEL MEDIA
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :