Memang kami volunteer dan kami mungkin dibayar untuk bekerja. Tetapi satu insiden yang berlaku baru-baru ini membuatkan saya terfikir. Mungkinkah kami ini dianggap cuma satu level bawah dari awak semua wahai runners? Kejadian itu agak kurang wajar.
Seorang volunteer ditampar oleh seorang runner gara-gara tidak mengizinkan runner tersebut mengambil air mineral lebih dari yang sepatutnya. Dalam kejadian seperti ini, sudah biasa bila runners meminta air mineral lebih. Tetapi volunteers diberi arahan untuk hanya memberi sebotol air mineral kepada peserta. Jadi, dia hanya menjalankan tanggungjawab. Apa hak runner berkenaan menampar volunteer?
Volunteer ini bukan 'Decision Maker'. Dia akan buat apa yang telah diarahkan. Bayangkanlah apa yang akan berlaku sekiranya volunteer terbabit memberikan sebotol lebih kepada runner itu tadi? Perkara yang sama juga dilakukan pada 100 lebih peserta yang lain? Kemungkinan besar akan berlaku shortage dan akan memburukkan lagi keadaan.
Betul awak sudah lari, awak sudah penat, tetapi awak juga perlu menghormati volunteer yang hanya menjalankan tugasnya. Ini bukan isu mengenai runners minta lebih sebotol air mineral, tetapi hormat!
Saya pernah mengalami kejadian lain, bukan sekali tetapi banyak kali di mana runners tak reti buang cup dalam plastik. Paling teruk semasa saya sedang mengutip cup-cup masuk dalam plastik, ada seorang runner campak cup betul-betul tepi saya dan diluar plastik. Mungkin betul, dia anggap volunteer ini macam taraf-taraf orang bawahan, yang bukan standard mereka yang bajet-bajet diri itu atlet.
Saya terus hilang rasa positif dalam diri. Padahal bersukan/berlari itu adalah satu perkara yang positif. Saya selalu berpesan kepada adik-adik volunteer, jika mereka dimarahi oleh runners, terima dan senyum sahaja. Mungkin kerana runners sudah penat menjadikan mereka cepat marah.
Tolonglah runners, volunteer mungkin apart of organizer/event, tetapi bukan semua perkara volunteer tahu? Mereka cuma assist organizer untuk melancarkan event. Perbaikilah diri wahai runner-runner sekalian.
Tetapi bukanlah semua runners bersikap seperti itu. Masih wujud lagi runners yang baik hati. Saya menulis melalui pemerhatian, kalau ada yang terasa saya memohon maaf sebab saya juga manusia yang banyak kekurangan. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Kalau kita nak orang menghormati kita, belajarlah menghormati orang lain terlebih dahulu. - Ida Syahidah | PIXEL MEDIA
Sumber: pixelperfext
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :