Apa yang dibuat lelaki ini sungguh mengejut dan amat menjijikkan!
Mana tidaknya, selamba melakukan onani di kawasan terbuka iaitu dalam
ruang lobi sebuah hotel yang terletak di Puchong, Selangor tanpa segan
silu.
Tidak berhenti setakat itu, lelaki gila seks ini bertindak semakin
melampau apabila mula melepaskan air maninya dalam botol minuman milik
seorang penyambut tetamu hotel selepas selesai melancap.
Difahamkan, perbuatan lelaki itu terbongkar selepas penyambut tetamu
yang merupakan seorang wanita merasa kelainan pada minumannya lantas
memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) hotel berkenaan.
Rakaman CCTV itu kemudian dimuat naik dalam Facebook oleh seorang pengguna dengan nama akaun Kuan Chee Heng semalam.
Bagaimanapun, nama hotel tidak didedahkan.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: CARRIE
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :