Berita

Video Dan Gambar Pergaduhan Di Stadium Ipoh Perak



Berlaku kekecohan di Stadium perak, Ipoh selepas tamat perlawanan Liga Super antara Perak dan Johor DT.
Dalam perlawanan itu, Perak tewas 0-1 kepada Johor DT hasil jaringan Pereyra Diaz pada minit ke-16.
Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) masih cuba mengawal keadaan dan jurufoto NSTP Supian Ahmad cedera dipukul selain kameranya dicuri dalam kekecohan antara penyokong.
“Saya ke bahagian penyokong selepas mendengar letupan mercun untuk merakam gambar, tiba-tiba saya ditarik oleh sekumpulan penyokong yang menutup muka menyebabkan saya terjatuh.
“Saya kemudiannya dipijak di bahagian leher, ditumbuk di bahagian muka dan disepak di bahagian pinggang sebelum kamera saya dilarikan,” kata jurugambar NSTP, Supian Ahmad.
Menurutnya, pada waktu itu keadaan kelam kabut dan dia sedaya upaya cuba menyelamatkan kameranya namun gagal selepas kumpulan penyokong itu membelasahnya.
Katanya, mereka cuba merampas semua barang dimilikinya termasuk lensa kamera sebelum seorang lagi jurugambar menyelamatkannya dan membawanya keluar dari kawasan itu.
Supian berkata, dia mengalami kecederaan di bahagian mata, leher dan belakang manakala kameranya masih gagal ditemui.
Penyokong Johor DT juga diarah berkumpul di tengah padang dan Presiden PAFA, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan meminta penyokong Perak meninggalkan stadium bagi menenangkan keadaan.
Video pergaduhan di stadium ipoh perak perlawanan perak vs johor
Video Player
00:00
00:35
Video Player
00:00
00:36
Gambar pergaduhan di stadium ipoh perak perlawanan perak vs johor
13912864_1385633991459618_2757439080490967805_n
13924840_1385634004792950_4748212969806239702_n
13932828_1385633948126289_7012791712035143575_n
13872707_1385633958126288_8926319271650801196_n
13912598_1385633951459622_3709658571800958767_n

Sumber: eberita
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.