Sensasi

'Tak Sangka J** Telah Lama Makan Duit Mak Aku' - Anak Dakwa Arwah Ibu Tak Pernah Dapat Bantuan OKU


KUALA LUMPUR - "Tak sangka J** Alor Setar telah lama makan duit mak aku," demikian dakwaan seorang lelaki bahawa arwah ibunya telah ditindas oleh pihak yang sepatutnya. 

Menurut pengadu, semasa hidup, kaki kiri ibunya terpaksa dipotong kerana penyakit kencing manis dan dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU). Ibunya kemudian pergi ke pejabat pihak berkenaan di Alor Setar untuk mendapatkan bantuan OKU. Namun tidak pernah berjaya mendapat sebarang bantuan kebajikan. 

"Sampai hari ini abang saya pergi ke J**, apa yang membuatkan saya terkejut ialah permohonan arwah ibu saya telah lama diluluskan dan mendapat bantuan sebanyak RM300. Tetapi bantuan itu tidak pernah dinikmati oleh arwah ibu. Sebaliknya dinikmati oleh manusia bertopengkan syaitan yang gilakan duit dan harta di dunia. 

"Bila ditanya, mereka mengatakan bahawa mereka hanya mengikut arahan pegawai atasan. Adakah J** membantu OKU dan miskin atau memakan harta benda orang?

"Tapi tak apalah, arwah ibu bukan nak sangat duit itu. Malah arwah pernah berpesan , biarlah orang buat kita, jangan kita buat pada orang. Arwah sudah tenang di 'sana' bersama ayah," katanya. 


Pengadu kecewa dengan tindakan pihak berkenaan, namun memberikan peringatan agar jangan sewenang-wenangnya menindas golongan OKU dan miskin, terutamanya pegawai di peringkat atasan. 

"Mungkin anda nampak berjaya di dunia, di akhirat anda jawablah dengan-Nya sendiri. Ingat, anda makan harta benda yang haram dan sedang mengalir ke darah daging anda," katanya. 

Bagaimanapun, status tersebut dipadamkan pagi ini atas nasihat keluar beliau. - PIXEL MEDIA


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.