#Tentu
ada semua tahu bahawa Zul Ariffin sememangnya sedang hangat bercinta
dengan pelakon Zahirah Macwilson dan hubungan mereka sudah lama juga
terjalin.
#Walaubagaimanapun
pasangan ini jarang sekali menampilkan kemesraan mereka di media sosial
dan kisah cinta mereka juga jarang diperkatakan.
#Walaubagaimanapun, baru-baru ini ada khabar angin mengatakan Zul telah terbang ke Perth, Australia untuk merisik Zahirah.
#Namun, Zul menafikan perkara berkenaan dan menjelaskan beliau ke Australia bersama kakaknya atas urusan perniagaan.
#Biasalah,
kalau berada di luar negara sudah pasti kita akan cari peluang untuk
berjumpa orang Malaysia di sana. Kalau betul saya merisik, kenapa saya
tidak bawa ibu saya sendiri ikut ke sana
Ditanya
mengenai perkembangan terkini hubungan beliau dan Zahirah, Zul
nampaknya enggan memberikan komen lanjut dan lebih selesa untuk
berbicara soal kerjayanya sahaja.
#Saya lebih selesa untuk bercerita mengenai kerja sahaja dan lain-lain mengenai kisah cinta, saya tidak akan kongsikan.
#Pasangan
selebriti ini cukup pandai menjaga hubungan mereka dan begitu tegas
untuk tidak berkongsi apa-apa mengenai percintaan mereka kepada umum.
Apa-apa pun, kami harap Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson kekal bahagia
dan siapa tahu ada jodoh sehingga ke jinjang pelamin.
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :