Isteri/wanita secara zahir memang ada sifat melawan. Walaupun kita kata isteri kita jenis baik, membisu, mengikut arahan, tetapi percayalah kalau abang boleh dengar hati dia, dan-dan dia dah sebuku mencarut pada abang.
Sebab apa? Itulah zahir wanita. Dia rasa diri dia perlu dihargai. Jadi, kalau lain sikit dari apa yang dia rasa, dia melawanlah.
Jenis melawan ini mengikut peringkat umur dan juga peribadi. Kalau yang muda, melawan lain dari yang berumur. Kalau yang surirumah, lain melawan dari yang kerja jururawat. Kalau yang ada bisnes sendiri, lain caranya melawan dari makan gaji.
Suami/lelaki lumrah dia mendidik. Tak sudah kerja mendidik ini tuan puan. Walaupun dapat isteri yang kuat agama sekalipun, kalau datang pada hal-hal peringkat rumah tangga ini, suami kena turun padang untuk mendidik. Dia banyak ilmu pun, kena pada mood dia, tak bertegur juga kita satu malam. Maknanya? Lumrah isteri/wanita ini melawan.
Jadi, kalau lelaki sebelum berkahwin sudah kuat betul demand tak mahu isteri yang tak melawan,nak yang mendengar kata alasan konon hantaran dah mahal sungguh, jadi wajib mendengar kata, sedap lagilah lelaki ini kahwin dengan pokok. Senyap ontok-ontok tak berbunyi.
Saya ada juga bertanya pada Ustaz Don. Manalah tahu Ustaz Don ini lain sikit dia punya cara melayan isteri. Ada tips atau doa ke. Ustaz Don jawab apa?
"Sama saja mana-mana pun wan..."
Bila ustaz yang ilmu dia pun lagi jauh dari saya sudah berkata begitu, maknanya apa? Lumrahlah! Ustaz sambung lagi satu kisah zaman nabi. Masa zaman nabi kita dulu, Aisyah kuat juga rebel, kuat cemburu dan kuat merajuk. Kata Ustaz lah, banyak kisah Aisyah yang menceritakan dia merajuk dan rebel.
Apa Ustaz Don cakap?
"Sedangkan bini nabi yang sah-sah taraf paling tinggi pun ada juga hal-hal dalam rumah tangga, inikan kita ni..."
Jadi suami ini mendidiklah. Kena lawan, didik lagi. Kalau didik guna tangan dengan kaki, seperti yang saya kata, kahwin dengan pokoklah sedap. Janganlah anggap isteri itu kena mengikut sepenuh-penuhnya. Dia pun ada juga akal dan kemahuan.
Ini tidak, hantaran kau pun bising mahal. Sudahlah bising hantaran mahal, kerja pula tak sampai sebulan. Lepas itu nak kahwin semua benda kena ikut kau. Tak nak yang jenis melawan-melawan. Hmm cian jelah dik. - Hazwan Faiz | PIXEL MEDIA
Sumber: pixelperfext
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :