Along Cham DEDAH Sikap Zila Yang Menjadi Sebab Dia Failkan Nusyuz Di Mahkamah !!!
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan suami isteri. Itulah dilema yang berlaku dalam rumah tangga pelawak, pelakon dan pengacara, Along Cham, 33, bersama isterinya, Zila Saeron, 28.
Meskipun perkahwinan pasangan ini berlandaskan jalinan cinta dua hati dan melahirkan seorang cahaya mata, Ahmad Danial, 6, apakan daya dugaan datang tanpa dijangka. Ibaratnya entah di mana silapnya tanpa angin tiba-tiba saja mahligai yang dibina bergoyang.

Selesa mengambil pendekatan berdiam diri sebelum ini, nyata tindakan Zila membuat penjelasan kepada media bagaikan cuba mencabar Along atau Muhammad Nizamuddin Ahmad.
Jika sebelum ini Along sekadar membaca WhatsApp media kepadanya tanpa memberi penjelasan, akhirnya dia akur perlu muncul untuk membela diri.
Jika sebelum ini Along sekadar membaca WhatsApp media kepadanya tanpa memberi penjelasan, akhirnya dia akur perlu muncul untuk membela diri.
Kata Along, tiada istilah menghalau isteri dan anak dalam episod kehidupan rumah tangganya sebagaimana dikatakan Zila.
Anak jati Johor ini akui tidak pernah terlintas di hatinya walau sekelumitpun untuk menghalau isteri dan anak keluar dari rumah.
Memang saya tidak pernahpun mengusir dia (Zila) bersama anak kami keluar dari rumah.Mereka (Zila dan anak) yang tinggalkan rumah tanpa pengetahuan saya. Biras yang datang mengambil mereka di rumah tanpa izin saya.
Selama dia dan anak kami keluar rumah tinggalkan saya dan pulang ke rumah ibu mentua di Felda Lui, Negeri Sembilan, mereka langsung tidak menghubungi saya, katanya.
Along akui pelik dengan tindakan Zila tetapi dia hanya bersabar. Kata Along, sebaik saja dapat gaji, dia bercadang untuk pergi bercuti.
Along akui pelik dengan tindakan Zila tetapi dia hanya bersabar. Kata Along, sebaik saja dapat gaji, dia bercadang untuk pergi bercuti.
Saya cadang apabila dah ada duit, terus ambil mereka di rumah mentua dan kami sekeluarga pergi bercuti bersama. Dapatlah kami memperbaiki silap antara satu sama lain.
Apapun, lain pula jadinya ketika saya ke rumah mentua. Zila sangat ego di hadapan ibunya hingga sanggup menjatuhkan maruah saya.
Apa dia lakukan terlalu peribadi untuk saya kongsikan. Pun begitu, saya tetap merayu kepada dia supaya kami bersama dan masing-masing berubah, katanya.
Kata Along, Zila minta diberikan masa untuk terus tinggal di kampung kerana mahu menghilangkan tekanan dihadapi. Malah Zila juga berjanji kepadanya dan anak mereka supaya menjemputnya hujung minggu akan datang.

Naib juara program Raja Lawak musim kedua itu berkata, walaupun berat hatinya ketika itu tetapi dia balik ke rumah ibu bapanya di Johor Bahru ditemani bapa saudara isteri Mawi, Ekin.
Mengenai tindakannya memfailkan nusyuz terhadap Zila, Along berkata, dia mempunyai beberapa sebab kukuh untuk berbuat demikian.
Salah satunya, Zila keluar dari Felda Lui untuk berhibur bersama kakak kandungnya hampir setiap malam di sekitar Seremban tanpa izin saya.
Zila juga tidak memberitahu saya di mana tempat tinggal dia. Selain itu, dalam telefon hampir setiap hari Zila mendesak saya menceraikannya.
Senang cakap, bermacam-macam cara yang dia (Zila) buat untuk dilepaskan tetapi saya kuatkan hati bertahan untuk cuba selamatkan rumah tangga kami, katanya.
Menurut Along, dia enggan hal rumah tangga dia dan Zila menjadi buah mulut kerana sangat menghormati nama baik dan maruah ibu bapanya termasuk keluarga mentua.
Katanya, segala usaha dilakukan gagal apatah lagi dengan sikap Zila yang terlalu bongkak.Along juga kesal kerana Zila sanggup melukakan hati anaknya sendiri.
Katanya, segala usaha dilakukan gagal apatah lagi dengan sikap Zila yang terlalu bongkak.Along juga kesal kerana Zila sanggup melukakan hati anaknya sendiri.
Pernah sekali ketika itu Ahmad Danial menghubungi Zila dan bertanya bila mama mahu Danial datang ambil mama? Zila boleh menjawab, tak tahu lagi, mama tak balik dah kot. Ketika itu, Danial terus mencampakkan telefon atas katil. Saya pun tegur dia.
Perlukah seorang ibu cakap seperti itu kepada anaknya? Zila terus melenting dan meminta dia dilepaskan, luah Along.
Perlukah seorang ibu cakap seperti itu kepada anaknya? Zila terus melenting dan meminta dia dilepaskan, luah Along.
Apa pun, Along bersyukur kerana pada Ramadan lalu, khabarnya Mawi dan Ekin mengambil Zila bekerja menguruskan butik mereka.
Katanya, dia sangat lega kerana sekurang-kurangnya Zila berada dalam situasi positif berbanding sebelumnya.
Katanya, dia sangat lega kerana sekurang-kurangnya Zila berada dalam situasi positif berbanding sebelumnya.
Cuma saya agak kesal mengapa selepas berbulan-bulan baru Zila menyatakan perasaan rindunya kepada anak. Ke mana perginya naluri sebagai seorang ibu ketika dia asyik mendesak untuk diceraikan ketika telefon?
Apapun, sepatutnya Zila kena bersyukur. Ibu dan bapa saya sanggup bersama-sama menjaga anak kami dengan penuh kasih sayang dan tiada juga istilah melarang dia datang berjumpa anak.
Lagi pun, sebagai ibu pastinya dia tahu di mana anaknya berada. Sepanjang Syawal, Zila tidak datang menjenguk anak pun. Alasan diberikan Zila disebabkan masalah kewangan, katanya. Sumber:-Harian Metro
SUMBER : http://www.info-blog.net/
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :