Sensasi

'Stereng Axia Tiba² Lock, Brek & Airbag Tak Berfungsi'


Kepada semua pemilik kereta Axia, peringatan buat anda semua. 

Pada 6 Jun 2016 yang lalu (puasa pertama ramadan), saya memandu kereta Axia saya dari Jawi menuju ke Glugor dan ketika itu hujan dan saya memandu dalam kelajuan 70-80km/j. Saya mahu menggunakan jambatan kedua dan apabila tiba di susur keluar Plus ke jambatan kedua (di lencongan), tiba-tiba stereng Axia saya lock dan tidak boleh dipusingkan. Apa lagi, saya terus menekan brek. Tetapi malangnya brek juga tidak berfungsi langsung. Lalu kereta saya terus menghentam railing sisi kanan dan terus terseret ke sebelah railing sisi kiri dan kereta saya terhenti. Airbag juga tidak berfungsi. 

Saya terus mematikan enjin kereta dan periksa keadaan anak dan isteri saya dulu. Tengkok isteri saya sakit dan tidak boleh pusing. Manakala anak saya yang duduk di belakang sakit di bahagian pinggang dan saya Alhamdulillah okay. Saya uruskan ambulan dahulu sebelum menghubungi wakil Perodua untuk datang menunda kenderaan saya. 


Keesokan harinya, saya membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Jawi. Selang 3 hari kemudian, saya menulis surat kepada pihak Ibu Pejabat Perodua untuk memaklumkan kejadian itu dan meminta mereka menyiasat punca kejadian dan rectify segera agar ianya tidak menimpa pemandu Axia yang lain. Saya juga meminta agar mereka memperbaiki kenderaan saya secara percuma atau menggantikan sebuah kereta yang lain.



Surat itu saya cc kepada Menteri Pengangkutan, Jabatan Pengangkutan Jalan, Perodua Seberang Jaya dan juga CAP. Namun, saya hanya menerima maklumbalas dari pihak CAP dan Ibu Pejabat Perodua yang mengatakan kes itu sedang dalam siasatan.

Hari ini saya menerima laporan rasmi siasatan tersebut. Malang sekali, hasil siasatan mereka bukanlah mencari punca yang menyebabkan stereng lock, brek dan airbag yang tidak berfungsi. Tetapi siasatan mereka lebih menjurus kepada mencari alasan yang boleh menjadi sebab untuk menyalahkan pelanggan. 

Hasil siasatan mereka menyatakan bahawa punca kejadian adalah kerana tayar botak. 




Tayar botak? Kepada pakar penyiasat yang bijak, saya mahu bertanya. kalau tayar botak sekali pun, bukankah brek akan berfungsi seperti biasa? Cumanya kereta akan terseret sedikit dan akan ada kesan geseran tayar di tempat kejadian. Adakah anda menyiasat tempat kejadian? 

Memanglah hasil siasatan anda semua okay. Selepas kemalangan itu saya matikan enjin dan hidupkan semula, semuanya okay. Tetapi punca yang menyebabkan stereng lock, brek dan airbag tidak berfungsi, tidak pula disiasat. Siasatan yang dijalankan hanya untuk mencari sebab dan salahkan pengguna bagi melindungi syarikat Perodua. Bagaimana jika kejadian seperti ini melibatkan kehilangan nyawa? Mahu pula terkena pada anda atau keluarga anda? 



Jadi kepada semua pemilik Axia, berhati-hatilah kerana Perodua tiada sifat ehsan atau perikemanusiaan. Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan yang berpunca dari stereng lock secara tiba-tiba dan tayar anda elok dan masih baru, maka satu alasan baru akan dicari untuk menyalahkan anda.

Tujuan saya viralkan masalah kereta Axia bukan untuk memperlekehkan atau memburukkan Perodua. Kalau nak viralkan, saya dah viralkan awal Jun lalu tetapi saya juga perlu adil dan beri peluang untuk Perodua siasat dan berikan laporan mereka. Setelah mendapat dan meneliti laporan mereka, barulah saya viralkan.

Dalam laporan mereka nampak nampak menjurus ke arah mencari alasan yang boleh dijadikan sebab untuk menyalahkan pengguna, bukannya menyiasat tiga perkara yang saya bangkitkan. Sebagai pengguna, saya perlu membuktikan dakwaan saya secara teknikal bagaimana ia boleh berlaku. Tetapi sebagai orang biasa, bolehkah kita membuktikannya? Jujurnya, memang payah dan kita perlukan pakar untuk itu. Mampukah kita?

Tetapi kes ini benar-benar terjadi dan saya juga tahu Perodua sedar akan masalah ini tetapi mereka enggan mengakuinya kerana bimbang semua kenderaan Axia yang terlibat dalam kemalangan akan mendakwa stereng tiba-tiba lock.

Justeru saya viralkan untuk beri kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang bahaya dan betapa ianya perlu dipandang serius sebelum lebih banyak nyawa melayang.

Kepada Menteri Pengangkutan, Pengarah JPJ, MIROS dan lain-lain agensi yang berkaitan, ambillah langkah pro aktif sebelum lebih banyak nyawa yang melayang disebabkan masalah ini. Iyalah, siapa tahu mereka mati dan tak boleh nak menceritakan kepada sesiapa. Silap-silap dituduh memandu laju, mabuk ketum, tertidur dan sebagainya.

Kalau sebuah kapal terbang jatuh dan melibatkan kehilangan 2-3 ratus nyawa, Pak Menteri boleh beri kenyataan berhari-hari malah menjangkau bulan. Takkan keselamatan pilot darat yang jumlahnya ratusan ribu tak penting? Atau kena tunggu lebih banyak nyawa melayang baru nak bertindak? Entahlah, inilah Malaysia ku.

Sekarang dalam proses insurans dan dengar khabar kemungkinan total lost. Saya sedang menimbang untuk mengambil tindakan guaman. Mohon sahabat-sahabat dapat viralkan agar menjadi pengajaran buat Perodua. Saya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tulisan ini. - Husein Mat Omar
Sumber: pixelperfext


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.