Oleh Encik Hairul
Selama ini aku tak percaya sangat bab-bab hantu apa semua. Aku percaya mahkluk jin dan syaitan itu wujud, tetapi hantu, aku tidak percaya. Sebab aku tidak pernah nampak. Tetapi malam ini terjadi pada aku sendiri. Tak tahu sama ada ilusi atau sesuatu benda yang lain.
25 Ogos 2016, Khamis, 9:00 malam
Aku dalam perjalanan balik dari Kluang ke Segamat. Seperti biasa, aku takkan buka radio sebab aku suka layan Smule. Buat penemanlah orang kata. Layan punya layan, aku tergerak hati nak buat video tertapi menghadap ke jalan.
Aku pilih lagu Sudahku Tahu dari Projector Band. Aku tekan solo sebab nak menyanyi seorang. Sebelum menyanyi, seperti biasa check dulu sound muzik okay ke tidak, sebab ada banyak pilihan. Bila dah okay, aku tekanlah restart song.
Nak dijadikan cerita, aku lalu saja kawasan selekoh kubur Cina Chaah, aku dah rasa lain macam. Tetapi aku buat tak tahu saja sebab dah biasa lalu. Bila aku mula bernyanyi, aku dengar suara aku macam double, macam ada backup singer pula. Padahal aku nyanyi solo.
Dah check sound semua okay, aku tergerak hati nak diam seketika. Alangkah terkejutnya aku, ada suara orang bernyanyi dalam itu. Jilake! Nak join aku menyanyi.
Aku terpandang kelibat di cermin belakang, seperti ada sesuatu. Aku terus cabut earphone sepantas kilat!
Selepas aku cabut earphone, aku campak phone ke bawah. Aku turunkan tingkap kiri dan kanan, bongkokkan badan dan parking dagu baik punya atas stereng supaya aku tak gatal-gatal nak tengok cermin sisi dan belakang. Aku fokus saja pandang depan.
Aku istigfar, baca ayat-ayat yang patut dan terlintas di kepala hotak aku ini. Semasa aku melaungkan azan, aku dapat rasa ada orang membelai di belakang badan, seperti mencuit-cuit. Aku menjadi semakin gerun. Tetapi aku tetap cuba melaungkan azan. Satu kereta pun tak ada di kawasan itu. Aku pecut mencari lampu kereta.
Semasa memecut dan melaungkan azan, aku teringat orang kata, baca itu kena yakin dan tahu maksudnya. Terlintas di kepala aku gambaran orang azan di televisyen siap dengan substitle bahasa Melayu. Hahaha! Badan aku jadi kaku, kebas habis. Aku mengharapkan sinar cahaya dari tiang lampu jalan.
Aku fikir nak berhentikan kereta di bawah tiang lampu, buka pintu dan lari 50 meter dari kereta dan nak pandang apa yang ada di dalam kereta aku. Sekali tak jadi sebab aku nampak aku lampu merah kereta. Aku terus cucuk rapat dengan memotong garisan agar orang belakang boleh menyuluh kereta aku. Manalah tahu kalau dia boleh nampak ke.
Selepas saja melaungkan azan, tiada lagi yang membelai di belakang badan aku. Aku baca surah-surah yang patut untuk menenangkan diri. Sampai saja Labis, rasa seperti tak ada apa-apa lagi di dalam kereta. Lampu isyarat Balai Polis Labis pun bertukar merah, aku berhentikan kereta. Aku lihat semula phone aku, tertera perkataan Finish, menandakan lagu itu sudah habis. Aku malas nak dengar semula. Aku tekan continue dan save. Di rumah nanti baru dengar.
Apabila aku tengok semula video ini, ngam-ngam saja selepas aku habis azan video ini dah end duration. Padahal lagu ini lebih dari dua minit, tetapi seminit lebih saja yang dirakam. Aku masih ingat lagi sebab apabila kita naikkan volume, earphone aku ini walaupun tak pakai di telinga, masih boleh dengar lagu itu sampai habis.
Itu saja video yang aku dapat dari apps Smule. Mungkin illusi, mungkin kebetulan atau apps itu ada masalah. Tetapi kalau korang pergi profile Smula aku, korang tengok aku menyanyi solo lagi ini. Kalau korang tekan Sing di atas kanan itu, korang pilih solo. Korang tengok, ada tak suara seperti apa yang aku dengar malam itu.
Mungkin salah aku juga sebab memekak-mekak dalam kereta bila lalu tempat sunyi/hutan. Bila dah terkena, kira pengajaranlah bagi aku. Selepas ini, tak nak menyanyi malam-malam. Nyanyi di waktu pagi sahaja, bukan pagi buta. Dulu sanggup stay dalam kereta sampai jam 3 pagi, padahal dah sampai rumah. Smule punya pasal. - Encik Hairul | PIXEL MEDIA
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :