Berita

SEKUMPULAN Monyet NAKAL kepung posmen, rampas dokumen sulit tentera di kem terendak..PERSOALAN DI SINI DOKUMEN SULIT DI SERAHKAN PADA POSMEN MENGHANTARNYA

MELAKA – Sekumpulan monyet bertindak nakal dengan mencuri tiga dokumen sulit milik tentera selepas menyerbu seorang posmen di Kem Terendak di Melaka.
Menurut laporan akhbar The Star, kejadian itu berlaku dua hari lalu apabila posmen yang berusia 33 tahun sedang melakukan rondaan rutin di kawasan perkemahan tentera.
Sewaktu kejadian, sekumpulan monyet mengepung posmen, merampas tiga dokumen sulit yang di bawanya dan melarikan diri ke arah pokok-pokok dan bumbung bangunan dalam masa hanya beberapa saat.
Bagaimanapun, persoalan mengapa posmen ditugaskan untuk menghantar dokumen sulit tentera masih tidak dapat dipastikan.
Laporan itu juga menyatakan ia bukan kali pertama monyet berkelakuan demikian di Melaka.
Setahun yang lalu, sekumpulan besar monyet memecahkan kereta seorang askar yang diletakkan di Hospital Kem Terendak dan mencuri barang miliknya termasuk gear menyelam skuba, lesen memandu, kad ATM dan wang tunai.
Pengarah Taman Negara dan Hidupan Liar (Perhilitan) Melaka, Noorzakiahanum Mohd Noh berkata, monyet-monyet di kawasan itu turut menyerang penghuni kem tentera, sekolah dan masjid yang ditempatkan di dalam kawasan kem.
Buat masa ini, renjer meletakkan perangkap di sekitar kem untuk menghentikan kenakalan haiwan ini.

SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.